Ocean Infinity tawar sambung operasi kesan pesawat MH370

oleh SALINA JALIL|
Eksekutif tertinggi Ocean Infinity, sebuah syarikat robotik marin, dalam pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong di sini menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang malang berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran".


Dalam catatan Facebook, Wee berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif Ocean Infinity Oliver Plunkett dan wakil waris mangsa MH370 di pejabatnya di sini, dan Plunkett telah memberikan maklumat mengenai perkembangan terkini syarikat itu dalam aspek dalam teknologi, kemahiran, dan keupayaan, berbanding lima tahun lepas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Beliau (Plunkett) menyatakan kesediaan Ocean Infinity untuk menyambung semula operasi pencarian MH370 berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran", yakni pembayaran dibuat hanya jika syarikat itu menemukan serpihan pesawat berkenaan," katanya.

 

Wee berkata beliau telah mengarahkan pegawai Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Ocean Infinity sebelum mengadakan rundingan dengan kerajaan Australia dan China untuk keputusan lanjut.

 

Pada 8 Mac 2014 pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan 239 orang di dalamnya yang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam selepas berlepas.

 

Sejak itu beberapa negara melancarkan operasi pencarian berskala besar di selatan Lautan Hindi, namun tidak berhasil menemukan sebarang pesawat mahupun serpihannya.

 

Pada Oktober 2017, kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang berbincang dengan Ocean Infinity untuk membuat pencarian di bawah permukaan air selanjutnya di kawasan itu, atas dasar tiada bayaran jika serpihan tidak ditemui.

 

Pencarian yang bermula pada Januari 2018, berakhir pada Jun 2018 tanpa hasil.

 

Wee berkata mesyuarat itu diingatkan sekali lagi bahawa perlu ada bukti baharu yang boleh dipercayai sebelum operasi pencarian yang baharu boleh dimulakan.

 

- Semoga kali ini berjaya ditemui juga walaupun hanya serpihan, doakan yang baik-baik - admin

 

Astro Awani

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
“Maksudnya, mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. “Namun begitu, ada…
Informasi
“Sebagai menteri yang mewakili kerajaan Malaysia berada di sini hari ini, ia bukan sekadar…
Informasi
Dalam satu ceramah di Persatuan Aeronautik Diraja (RAS), Marchand dan Blelly dilaporkan mendakwa,…