NZ Wheels Autohaus Setapak kini dibuka

oleh SALINA JALIL|
NZ Wheel Sdn Bhd, pengedar sah untuk Mercedes-Benz di Malaysia kini menambah sebuah lagi cawangan yang terletak di Setapak.


NZ Wheels Setapak Autohaus adalah cawangan keempat sebagai pusat seumpamanya dengan kemudahan 2S (servis dan alat ganti) yang kini telah dibuka secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi & Ketua Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd berkata, "Di NZ Wheels, kami komited untuk memberi pelanggan-pelanggan kami ketenangan fikiran melalui produk yang berkualiti tinggi dan pengalaman yang luar biasa".

 

Ia dilengkapi dengan peralatan diagnostik yang diluluskan oleh Mercedes-Benz, serta dikendalikan oleh pegawai bertauliah yang telah menerima latihan khas daripada jenama itu.

 

Autohaus ini tampil berkonsepkan Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) di mana ia  merangkumi keluasan seluas 14,000 kaki persegi, dengan binaan bangunan seluas 9,200 kaki persegi.

 

Ia memuatkan lima ruangan servis dan satu ruang untuk penjajaran roda (alignment). Ia juga  mampu mengendalikan perkhidmatan servis sehingga 250 buah kenderaan dalam sebulan.

 

 

Keseluruhannya terdapat 10 kakitangan terlatih dalam bidang teknikal, servis serta alat ganti yang bertanggungjawab terhadap kenderaan pelanggan.

 

NZ Wheels Setapak beralamat di No. 14, Jalan Usahawan 5, 53300 Setapak, Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui talian 03-4144 5500. Pusat servis ini beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali pada Sabtu, hanya dari pukul 8.30 pagi hingga 1 tengahari.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web www.mercedes-benz.com.my.

 

 

pic 1