Nyobolt EV - jelmaan Lotus Elise berkuasa elektrik, pengecasan penuh 6 minit, jarak gerak 250 km

oleh Mohamad Hanif|
Nampak macam sama, tapi ia bukanlah model Lotus Elise generasi baharu seperti yang anda jangkakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nyobolt EV Concept ini sebenarnya merupakan sebuah model kereta sports berkuasa elektrik yang lahir daripada kerjasama antara Ian Callum dan Julian Thomson, insan yang sama bertanggungjawab menghasilkan rekaan Lotus Elise S1.

Berbanding Lotus Elise, Nyobolt EV mempunyai dimensi 100 mm lebih lebar dan 150 mm lebih panjang.
 

nyobolt


Namun, ia masih lagi mampu mengekalkan binaan badan yang kompak dan ringan, terima kasih kepada penggunaan bahan gentian karbon yang lebih berotot dan lebih moden berbanding rekaan asal, diikuti dengan pemasangan rim aloi bespoke bersaiz 19 inci.

Selain daripada itu, Nyobolt EV turut dipasangkan dengan pek bateri berkapasiti agak kecil, iaitu sekitar 35 kWh (lebih kurang sama macam Mazda MX-30), dengan jarak gerak sejauh 250 km.

Disebabkan itu, berat kereta sports ini dikatakan hanyalah sekitar 1,000 kg sahaja!
 

nyoibolt


Nyobolt EV mampu menyokong pengecasan pantas di mana tempoh pengecasan penuh hanyalah sekitar enam minit sahaja dengan menggunakan teknologi infrastruktur pengecasan sedia ada.

Menurut Nyobolt, unit tersebut telah diuji dengan 2,000 kali kitaran pengecasan pantas tanpa menunjukkan penurunan prestasi yang signifikan.
 

EV


Dari segi luaran, Nyobolt EV dilengkapi dengan ciri seperti unit lampu LED depan dan belakang yang mengintegrasikan liang udara berfungsi, kamera sisi, dek belakang yang berliang seakan pelindung enjin sebenar, spoiler ekor itik, serta panel bumbung komposit yang boleh ditanggalkan.

Pada tiang B, terdapat port pengecasan Type 2 yang berjaya disembunyikan dengan baik di sebalik penutup yang bergaya.

Setakat ini, angka spesifik seperti kuasa kuda dan daya kilas masih lagi dirahsiakan, namun pihak Callum dan Nyobolt mendedahkan perancangan untuk menghasilkan sebuah prototaip yang berfungsi kelak.