Nyobolt EV, cas 10 - 80% tidak sampai 5 lima minit!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Setahun lalu Nyobolt memperkenalkan Nyobolt EV dan memaklumkan bateri 35 kilowatt-jam (kWj) yang digunakan boleh dicas penuh dalam enam minit sahaja.

Jika ada yang perasan rekaan Nyobolt EV seperti model sport ikonik, jawapannya ya. 

Rekaan Nyobolt EV adalah hasil tangan Julian Thomson, pereka Elise S1 dan kereta ini merupakan produk reka bentuk dan kejuruteraan di antara Nyobolt dan CALLUM.

Nyobolt diasaskan pada 2019 oleh Profesor Dame Clare Grey dan Dr. Sai Shivareddy yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.
Nyobolt EV 2024

 

Kini Nyobolt kembali dengan model prototaip dan berkongsi pencapaian baharu Nyobolt EV selepas ujian awal pada Jun.

Menggunakan pengecas pantas DC 350 kilowatt (kW) (800V), bateri 35 kWj 50Ah boleh dicas dari 10 sehingga 80 peratus dalam masa 4 minit 37 saat.

Pengecasan penuh pula membolehkan unit prototaip dipandu sehingga 249 kilometer (km).

Prestasi pengecasan tersebut lebih pantas berbanding kebanyakan pengecasan pantas hari ini.

 

Nyobolt EV 2024

 

Empat minit pertama pengecasan beroperasi pada arus tetap 500A dan cukup untuk membekalkan pemanduan sehingga 193 km.

Teknologi Nyobolt turut menyelesaikan tahap kemerosotan yang biasa dialami bateri litium-ion yang menggunakan pengecasan pantas.

Sel bateri 24.5 Ah Nyobolt menjalani lebih 4,000 tahap nyahcas (Depth of Discharge) pengecasan pantas atau bersamaan lebih 965,606 km jika diguna di dalam pek EV Nyobolt.

Hasilnya? Kadar kapasiti bateri masih lagi melebihi 80 peratus.

 

Nyobolt EV 2024

 

Pengujian oleh OEM bebas pula mengesahkan sel 2.6Ah boleh mencecah sehingga lebih 4,400 kitaran melalui pengecasan 12C dan nyahcas 1C pada suhu 23 darjah celsius.'

Rintangan dalaman sel meningkat hanya 50 peratus selepas 4,400 kitaran pengecasan lima selama lima minit.

Prestasi itu lebih rendah berbanding nilai kitaran hidup sel EV yang diterima industri.

Pek bateri 35 kWj di dalam unit prototaip Nyobolt EV bukan sahaja boleh dicas lebih pantas malah saiz yang kompak turut memberi manfaat kepada pengeluar dan pengguna.

 

Nyobolt EV 2024

 

Nyobolt EV hanya seberat 1,250 kilogram (kg) dan menunjukkan sesebuah EV tidak semestinya berat.

Berat yang rendah dapat menghasilkan kereta yang ringan dan pengendalian bagus.

Walaupun Nyobolt EV diguna untuk menunjukkan dan pengujian teknologi bateri, CALLUM telah membangunkannya supaya dapat dikeluarkan dalam jumlah kecil.

Sebagai contoh untuk kegunaan biasa atau pun di litar. Satu lagi, hasil pada Nyobolt EV juga menunjukkan perkakasan yang dibuat boleh diguna pada pelantar EV sedia ada.

 

Nyobolt EV 2024

 

Modul bateri Nyobolt EV disejukkan melalui plet penyejukan dengan campuran air dan glikol.

Litar bateri menggunakan pemampat AC dan pemeluwap serta penyejuk bateri yang juga sesuai dengan kenderaan prestasi lain.

Haba yang tidak lebih daripada 60 darjah celsius semasa pengecasan pantas atau pemanduan berprestasi pula disumbang sel kimia galangan (impedans) yang sangat rendah.

Teknologi Nyobolt adalah hasil puluhan tahun penyelidikan bateri yang diterajui saintis bateri Universiti Cambridge, Prof. Clare dan Dr. Sai yang mencipta superkapasitor canggih.

 

Nyobolt EV 2024

 

Kunci kepada prestasi pengecasan ultra pantas Nyobolt tanpa menjejaskan hayat bateri ialah sel dengan galangan rendah yang menghasilkan kurang haba.

Keadaan itu menjadikannya lebih mudah untuk mengurus tahap kuasa tinggi semasa pengecasan.

Bahan anod di dalam sel bateri litium-ion pula membolehkan pemindahan elekrtron di antara anod dan katod lebih pantas.

 

Nyobolt EV 2024

 

Nyobolt sekarang ini sedang berbincang dengan lapan syarikat OEM kenderaan untuk menggunakan teknologinya. 

Perbincangan turut melibatkan kenderaan komersial berat.

Selain penggunaan automotif, teknologi pengecasan pantas Nyobolt dijangka digunakan di dalam robotik pada tahun ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nyobolt EV 2024