NVX 2019 hadir dengan sistem gantungan lebih baik

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hong Leong Yamaha hari ini melancarkan varian terkini skuter premium Yamaha NVX 2019.

Skuter sporty tapi santai itu kini dilengkapi dengan sistem gantungan yang ditambah dengan tangki gas tambahan untuk tunggangan yang lebih selesa tetapi tetap nampak agresif.

 

 

Ia juga hadir dengan tiga warna baharu:

  • Race Blu (Biru Perlumbaan)
  • Fiery Red (Merah Berapi)
  • Active Yellow (Kuning Aktif)

Ia akan mula dijual di pengedar-pengedar Yamaha pada pertengahan bulan ini dengan harga cadangan RM9,988.

Careta belum menunggang-uji varian terbaharu ini dan tidak dapat mengesahkan samada ia masih mempunyai tunggangan yang agresif seperti dahulu.

 

 

Harga pula sebenarnya bergantung kepada pengedar. Industri motosikal berbeza dengan industri kereta kerana pengedar yang mengawal harga jualan kepada pasaran.

Careta mencadangkan anda pergi bertanya ke beberapa pengedar dahulu sebelum membuat belian.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Domestik
Menurut satu notis yang dikeluarkan oleh HLYM, program ini akan dijalankan di beberapa buah negeri…