Nuro - hantar barang runcit ke rumah tanpa pemandu - (VIDEO)

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bayangkan bila anda membeli barangan dapur anda secara online dan selang sejam, sebuah van comel tanpa pemandu sampai di pintu hadapan anda dengan segala barangan yang dipesan.

Menarik bukan? Memang idaman penulis kerana malas bila isteri menyuruh keluar membeli barang setiap selang sejam sebab terlupa.

Nuro, syarikat teknologi yang menghasilkan "robot" comel ini telah berganding dengan pasaraya Korger untuk membuat penghantaran barangan runcit di kawasan Scottsdale, Arizona.

Pada mulanya, sistem itu menggunakan Toyota Prius autonomi dengan pemanduan kendiri tetapi sekarang Nuro menggunakan pod R1 ini.

 

 

Nuro berkata ia telah membuat lebih dari 1,000 penghantaran menggunakan Prius Autonomi itu yang sebenarnya mempunyai seorang pemandu yang duduk di belakang stereng sekiranya berlaku kecemasan.

Projek itu mendapat pujian yang baik dari para pelanggan.

Selepas diuji di jalan-jalan persendirian selama setahun, Nuro R1 sekarang mula membuat penghantaran ke rumah-rumah sejak bulan lepas.

 

 

Ia tidak mempunyai pemandu dan dikawal sepenuhnya oleh komputer. Walaubagaimanapun, R1 itu dipantau sepenuhnya dan operator di ibupejabat mampu mengambil alih pemanduan R1 ini dalam keadaan kecemasan.

Careta sangat berharap syarikat bumiputera tempatan seperti Mydin akan menjadi pelopor teknologi itu di sini. 

Cuma jangan guna Yamaha R1. Guna Nuro R1 ya. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Jentera yang boleh drift dengan sendirinya itu kini boleh dimiliki oleh orang ramai dalam bentuk…