Nürburgring namakan salah satu selekoh bersempena mendiang Sabine Schmitz

oleh Mohamad Hanif|
Personaliti TV yang juga pelumba wanita, Sabine Schmitz kini mendapat penghormatan untuk diabadikan sebagai nama salah sebuah selekoh yang terdapat di litar Nürburgring Nordschleife.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita ini diumumkan sendiri oleh pemilik Litar Nürburgring di mana Sabine-Schmitz-Kurve itu bakal dirasmikan bersempena perlumbaan ROWE 6 Hours Ruhr-Pokal-Rennen September nanti.

Sabine Schmitz dilahirkan dan dibesarkan dikawasan sekitar Nürburg, dan difahamkan beliau telah memandu lebih daripada 33,000 pusingan di litar sepanjang 20 km itu yang membolehkan beliau mendapat gelaran Queen of Nürburgring.

Selain daripada itu, beliau juga pernah memenangi 24H of Nürburgring dua kali pada tahun 1996 dan 1997 menjadikan Sabine Shmitz merupakan satu-satunya wanita yang berjaya memenangi perlumbaan lagenda itu.

Menurut Pengarah Urusan Nürburgring, Mirco Markfort, "Sabine Schmitz merupakan duta kepada Nürburgring, dan nama beliau disebut-sebut di seluruh dunia dalam satu nafas yang sama seperti litar kami.

Mendiang meninggal dunia pada usia 51 tahun beberapa bulan yang lalu akibat penyakit kanser yang dihidapi sejak tahun 2017.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dijana dengan enjin 4.0 liter biturbo bentangan V8 TFSI, Audi RS Q8 ini mampu menghamburkan kuasa…
Berita Global
Sudah pasti kita akan merasa bangga apabila kereta ini mendapat tempat di hati masyarakat…
Berita Global
Kemudian, rekod tersebut dipadamkan oleh Tesla Model S Plaid pada September 2021 dengan catatan…