Penutupan jalan ini adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja meruntuhkan jejambat sedia ada dan pembinaan jejambat baharu di Lebuhraya SPRINT di Persimpangan Maarof.
Projek pembinaan jejambat bertingkat baharu oleh pihak DBKL menghubungkan Persimpangan Maarof berhampiran Pavilion Damansara Heights sehingga Persimpangan Semantan (Lebuhraya SPRINT). Laluan Bertingkat 3 lorong sepanjang 1.34 KM ini bertujuan bagi melancarkan aliran trafik daripada PJ ke Kuala Lumpur.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk memberikan perhatian pada penutupan jalan melibatkan:
1. Kenderaan dari Petaling Jaya yang mengikuti laluan ke kanan ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di Persimpangan Maarof
2. Kenderaan dari Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur melalui kawasan Pusat Bandar Damansara, iaitu Jalan Johar, Jalan Beringin dan Jalan Semantan
Laluan ke kanan untuk kenderaan dari Petaling Jaya ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di Persimpangan Maarof akan DITUTUP dan kenderaan akan dilencongkan ke kiri melalui Jalan Johar - Jalan Beringin - Jalan Damanlela - Jalan Damansuria - SPRINT menghala ke Petaling Jaya dan seterusnya ke kanan menggunakan jalan susur baharu di hadapan projek pembinaan Pavilion.
Lencongan trafik ini dijangka akan meruncingkan kesesakan trafik (waktu puncak pagi dan petang) bagi kenderaan daripada Petaling Jaya NKVE/ ke Kuala Lumpur dari Persimpangan Maarof sehingga ke Persimpangan Semantan.
Para pengguna dinasihatkan untuk menggunakan empat laluan alternatif seperti berikut: