Norway jadi lokasi eksperimen 'bandar tanpa stesen minyak'

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Norway mahu meletakkan noktah ke atas penjualan kenderaan bahan api fosil sepenuhnya menjelang 2025, iaitu kira-kira lima tahun dari sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dan ketika ini, hampir satu daripada lima kereta di Bergen, bandar kedua terbesar di Norway adalah terdiri daripada kenderaan elektrik sepenuhnya. 

Jadi, ia merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk dijalankan kajian berkenaan masa hadapan sesebuah bandar tanpa sebarang stesen minyak konvensional. 

Menurut Financial Times London, Couche-Tard selaku salah sebuah syarikat multinasional kini menggunakan bandar Norway sebagai 'makmal ujian' bandar masa hadapan tanpa sebarang stesen minyak. 

Malah, di sesetengah stesen minyak, Couche-Tard telah menggantikan peranan pam bahan api kepada slot pengecasan EV di Scandinavia. 

Bukan setakat Couche-Tard, beberapa syarikat minyak dan gas global seperti Shell, BP dan Total turut sama menjadi pemain utama di dalam penawaran pusat pengecasan kenderaan elektrik. 
 

gambar hiasan

Hal ini turut menarik minat sebuah firma strategi runcit British, Insight Research untuk menjalankan kajian "Norwegian Convenience Market and EV Inspiration Safari" pada 2018 untuk melihat impak masa hadapan daripada penggunaan EV. 

Sebuah lagi kajian oleh Boston Consulting Group turut mendapati sekurang-kurangnya satu pertempat daripada jumlah stesen petrol di seluruh dunia bakal mengalami risiko kerugian menjelang 2035. 

Insight Research turut mencadangkan supaya rangkaian stesen minyak konvensional supaya mengubah pendekatan mereka daripada model perniagaan berasaskan kenderaan kepada model berasaskan pelanggan dengan produk dan perkhidmatan yang dipertingkatkan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…