Nomoto - ubat kerisauan Ysuku kena rembat pencuri

oleh Mohamad Hanif|
Kalau dulu-dulu, motosikal seperti Honda EX-5 dan Yamaha 125ZR merupakan antara motosikal yang panas-panas dan kerap menjadi mangsa kecurian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak lama selepas itu, kehadiran model seperti Yamaha 135LC diikuti dengan Yamaha Y15ZR turut menambah lagi kerisauan penulis untuk memiliki model yang dimaksudkan, melihatkan kepada faktor tempat kediaman serta lokasi yang tidak sesuai.

Bila-bila masa anda leka, motosikal lesap dalam sekelip mata.

Jadi, apakah penyelesaian yang patut anda buat?

 


Sekiranya anda tidak kisah akan penampilan, boleh juga melihat idea yang dilontarkan oleh Joey Ruiter yang mencipta sebuah motosikal konsep yang dinamakan sebagai Nomoto.

Rekaannya memang aneh, seakan sebuah kotak meter TNB tepi jalan raya, dan ia sememangnya tujuan Joey Ruiter untuk mencipta sebuah produk yang mampu 'masuk' dengan persekitaran, dan tidak menarik perhatian umum.

 


Dengan hanya menekan satu butang fungsi, handlebar, roda dan tempat duduk akan 'muncul' dari tempat persembunyian, dan ia sudah bersedia untuk membawa anda ke mana sahaja.

Ia juga turut dilengkapi dengan lampu LED yang cukup terang untuk membantu tunggangan pada waktu malam.

 


Cuma satu perkara yang kurang diingini, produk Nomoto ini menggalakkan anda untuk parkir di mana sahaja sesuka hati....

Kalau motosikal kotak TNB anda kena sita, jangan salahkan kami pula yaaa...

 

 


Sumber: Joey Ruiter menerusi RideApart