Nombor plat khas USM dibuka untuk bidaan

oleh SALINA JALIL|
Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini melancarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas USM 1 hingga USM 9999.


USM dalam kenyataan memaklumkan universiti itu berbesar hati mengekalkan kombinasi huruf USM bagi mewakili Universiti Sains Malaysia dalam pemilihan plat khas tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Pihak universiti menyeru seluruh warga dan alumni USM bagi memberi semangat dan sokongan padu dengan membida nombor USM 1 hingga USM 9999 yang akan bermula semalam.

 

“Bidaan boleh dibuat dengan memuat turut aplikasi carplates.my di Google Play Store bagi pengguna Android dan Apple Store bagi pengguna iPhone,” menurut kenyataan itu.

 

USM turut memaklumkan pembida boleh memulakan bidaan serendah RM250 bagi empat digit nombor pendaftaran bergantung kepada nilai yang ditetapkan di dalam sistem bidaan.

 

Dana yang diperoleh hasil penjualan nombor plat ini akan disalurkan bagi membantu USM menyokong mempertingkatkan lagi kerja penyelidikan yang sedang giat dijalankan, menurut kenyataan itu.

 

 

— BERNAMA