Nombor plat khas UMP 'UC' boleh dibida 1-14 Februari

oleh Mohamad Hanif|
Nombor pendaftaran khas Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu UC boleh dibida secara atas talian bermula 1 Februari hingga 14 Februari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proses bidaan bermula RM1,000 untuk nombor empat digit dan RM200,000 bagi nombor tunggal.

Pengerusi Lembaga Pengarah Urusan UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, bagi kakitangan dan pelajar UMP, mereka berpeluang mendapat harga istimewa apabila ditawarkan mulai 25 Februari ini.

"UMP menyasarkan penjualan siri nombor pendaftaran UC mampu mencecah sehingga RM3.5 juta bagi fasa pertama.

"Kombinasi dua huruf UC ini diambil bagi mewakili huruf U iaitu awalan perkataan UMP, manakala C adalah nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini yang juga identiti Pahang," katanya pada majlis penyerahan nombor plat khas UC di UMP Gambang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP dan Pengarah Urusan Aquatwo Sdn Bhd, Datin Nabiha Mustapha.

Abdul Aziz berkata, penjualan nombor pendaftaran khas itu susulan hasrat dan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu semua universiti awam menjana pendapatan sendiri.

"Ia adalah sebahagian usaha Yayasan UMP meningkatkan sumber pendapatan untuk disalurkan untuk pelbagai program kebajikan bagi manfaat pelajar dan golongan memerlukan," katanya.

Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang http://www.ucplat.com.my bermula 1 Februari hingga 14 Februari ini untuk didaftarkan bermula 1 Mac sehingga Oktober 2024.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama tersebut melibatkan latihan industri, pertukaran pelajar, menawarkan penambahbaikan…
Berita Domestik
Apa yang menarik, baru-baru ini lelaki tersebut memuat naik satu kisah yang cukup menggembirakan…
Berita Domestik
Program tersebut boleh diikuti di MARii Academy of Technology bertempat di Rawang, Selangor. …