Nombor plat kenderaan UniSZA dibuka untuk bidaan

oleh SALINA JALIL|
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melancarkan nombor pendaftaran khas kenderaan, ‘UniSZA’ yang boleh dibida mulai semalam.


Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata, sesi pertama bidaan tersebut dibuka sehingga Jumaat ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Kita juga telah mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan untuk menggunakan tulisan UniSZA mengikut rekabentuk sambutan 40 tahun penubuhan universiti ini.

 

“Perkhidmatan mencetak nombor pendaftaran kenderaan dengan rekabentuk khas berkenaan menggunakan teknologi laser akan disediakan Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi UniSZA,” katanya melancarkan Nombor Pendaftaran Khas UniSZA tersebut di Gong Badak semalam.

 

Hadir sama Pengarah Pusat Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri (P4P) UniSZA, Prof Dr. Ahmad Shukri Yazid.

 

Hassan Basri berkata, penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas tersebut bertujuan menjana dana untuk pendapatan universiti.

 

Sementara itu, Ahmad Shukri berkata, bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas UniSZA berkenaan ditawarkan dalam empat kategori iaitu Bernilai Utama, Menarik, Popular dan Semasa.

 

Ujar beliau, pihaknya menyasarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas itu kepada kakitangan, pelajar, orang awam alumni sejak era Kolej Ugama Zainal Abidin (Kusza).

 

“Pembida nombor pendaftaran kenderaan UniSZA juga berpeluang memenangi cabutan bertuah,” katanya.

 

 

 

– K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi…
Berita Global
Nombor unik tersebut merupakan sebahagian daripada beberapa lagi nombor plet yang dibida dalam…
Berita Domestik
  Menurutnya, pihak polis sentiasa menjalankan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa dalam…