Nombor plat baharu Tennessee sukar dibaca sistem kamera pada waktu malam

oleh Mohamad Hanif|
Tennessee merupakan salah satu negeri di bawah pentadbiran Amerika Syarikat yang menggunakan sistem nombor plat baharu berwarna biru dan bertulisan putih bermula tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, penggunaan sistem nombor plat baharu ini dikatakan mampu memberikan masalah kepada sistem pengecaman nombor pendaftaran automatik pada waktu malam.

Menurut wakil daripada Tennessee Department of Revenue berkata, pihak berkuasa kini sedang menilai dakwaan berhubung kesukaran sistem untuk membaca nombor pendaftaran baharu ini.

Namun begitu, produksi nombor plat baharu ini akan tetap diteruskan.

Selain daripada warga Tennessee, warga Ontario Kanada juga turut mengalami isu yang serupa di mana mereka menggunakan format latar belakang biru dengan tulisan warna putih.

Ia dimulakan pada tahun 2020, dan sebanyak 193,000 kepingan nombor pendaftaran telah dikeluarkan sebelum ia dihentikan akibat kesukaran untuk sistem kamera membaca nombor tersebut pada waktu malam.