Nombor pendaftaran 'UITM' dilancarkan, bidaan akan berlangsung selama tiga tahun

oleh SALINA JALIL|
Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan kutipan berjumlah RM15 juta daripada hasil bidaan nombor pendaftaran khas kenderaan siri 'UITM' yang dilancarkan, semalam.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, hasil kutipan itu akan disalurkan kepada Tabung Endowmen UiTM bagi membiayai pengajian pelajar yang berkaitan serta aktiviti pengajaran dan penyelidikan universiti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, selain itu hasil kutipan juga akan menjadi sumber pendapatan tambahan kepada UiTM untuk memastikan kelangsungan dan pembangunan institusi pengajian tinggi berkenaan.

 

"Universiti awam di Malaysia digalakkan untuk mengumpul dana tambahan sebagai sumber pendapatan bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembangunan infrastruktur masing-masing.

 

"Kita juga mempunyai rangkaian alumni yang besar melebihi 700,000 orang. Jadi, sudah tentu nombor pendaftaran khas kenderaan ini akan mendapat sambutan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sistem Bidaan Dalam Talian 'UiTMBida' di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di Shah Alam, hari ini.

 

Platform dalam talian 'UiTMBida' diwujudkan bagi memastikan proses bidaan dan transaksi penjualan serta pembelian nombor pendaftaran kenderaan khas tersebut selamat kepada pembida.

 

Proses bidaan dan penjualan nombor pendaftaran khas 'UITM' yang bermula dengan angka 10 hingga 9999 itu akan berlangsung selama tiga tahun mulai hari ini di laman web https://uitmbida.uitm.edu.my/.

 

Sementara itu, Mohd Azraai berkata, pihaknya mendapat kelulusan JPJ untuk menjual nombor pendaftaran khas kenderaan siri 'UITM' pada Disember 2019 seperti yang dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri dua tahun lalu.

 

"UiTM tidak ketinggalan mengambil inisiatif ini sebagai antara usaha untuk mengurangkan kebergantungan pendapatan universiti kepada geran kerajaan.

 

"Setakat ini, kita sudah ada RM72 juta dalam Tabung Endowmen UiTM. Dengan tambahan RM15 juta melalui penjualan nombor pendaftaran khas kenderaan itu, kita harap lebih ramai pelajar akan mendapat manfaatnya," katanya.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat R&D yang terletak di Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar (SMRI) Kolej Kejuruteraan…
Gaya Hidup
Careta singgah sebentar di Sijangkang, Selangor untuk melihat sendiri rig buatan anak tempatan…
Berita Domestik
Pelancaran SEM Access ini dirasmikan sendiri oleh Y.B. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan…