Nombor pendaftaran siri RAP dibuka untuk bidaan selama seminggu

oleh SALINA JALIL|
Orang ramai boleh membida siri plat RAP yang akan dibuka bidaannya selama seminggu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 17 hingga 21 Ogos depan.

 

Menerusi hantaran Facebook JPJ, proses bidaan itu akan dibuka selama seminggu sebelum ditutup pada pukul 10 malam, 21 Ogos 2022.

Katanya, keputusan bidaan akan diumumkan kepada pembida pada keesokkan harinya.

 

Proses bidaan boleh dibuat secara elektronik menerusi pautan laman sesawang rasmi agensi berkenaan iaitu https://jpjebid.jpj.gov.my.

 

Sementara itu, pengguna media sosial juga dilihat teruja densm plat terkini tersebut dengan ada yang memberi komen sindiran menyifatkan plat RAP171 dijangka mendapat permintaan tinggi kerana menyamai nama seorang pemimpin politik.

 

Sebelum ini, siri plat RAJ yang didaftarkan di Perlis melakar rekod bidaan tinggi dengan jumlah RM3.48 juta di mana plat RAJ 1 dibida sebanyak RM202,670.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan…
Berita Global
Disebabkan itu juga, wujudnya industri penjualan barangan berupa cenderahati termasuklah nombor…
Berita Domestik
Jumlah tersebut menjadikan nombor plat siri "FF" dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah sistem…