Nombor pendaftaran khas untuk EV di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk menyediakan ekosistem kenderaan elektrik yang lebih berkesan di Indonesia, pihak berkuasa di sana kini sedang mempertimbangkan untuk membezakan nombor pendaftaran antara kenderaan biasa dan EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu laporan oleh rakan media negara jiran Autonetmagz, kenderaan elektrik akan diberikan nombor pendaftaran yang serupa, namun dibezakan dengan kehadiran warna biru di bahagian bawah plet.

Menurut Direktur Jenderal Perhubungan Darat Kementerian Perhubungan, langkah terbaharu ini diambil bagi memudahkan proses pengecaman oleh pihak berkuasa terhadap kenderaan elektrik. 

Ini disusuli dengan pengumuman Presiden Indonesia Jokowi yang mahukan hanya kenderaan elektrik dan kereta swapandu sahaja yang dibenarkan memasuki ibu negara Indonesia pada masa akan datang yang terletak di Kalimantan. 
 


Walaubagaimanapun, kenderaan hibrid dan plug-in hybrid tidak akan mendapat keistimewaan seperti mana yang dinikmati oleh kenderaan elektrik. 

Lebih menarik lagi, peraturan ini sudah pun berkuatkuasa pada 8 Januari 2020 yang lalu, dimana kenderaan elektrik seperti Hyundai Ioniq EV, BMW i3s dan Tesla sudah pun mula menggunakan nombor pendaftaran khusus ini. 

Tatkala negara jiran Indonesia dan Thailand masing-masing mempunyai nombor pendaftaran yang seragam, bagaimana pula dengan negara kita, Malaysia?

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah dengan menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing…
Berita Domestik
Menurut Menteri Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dibuat supaya cukai jalan kenderaan…
Informasi
Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Loke Siew Fook telah hadir dan merasmikan Majlis Pelancaran dan…