Nombor pendaftaran kenderaan UPSI; UG kini dibuka

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Bernama
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri dan Sambutan 25 Tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di Tanjung Malim.


Majlis turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad serta Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dan dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung terdiri daripada penuntut, warga universiti dan penduduk setempat.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Pada majlis itu, Tuanku Zara turut berkenan melafazkan pelancaran Sambutan 25 Tahun UPSI dan Pelancaran Nombor Pendaftaran Kenderaan UPSI iaitu 'UG' yang bermaksud (Universiti Guru) untuk mengimbau kenangan terutama kepada Alumni Anak Kandung Suluh Budiman (SITC, MPSI, IPSI, UPSI).

 

Md Amin dalam sembah ucapannya berkata, UPSI mensasarkan untuk muncul sebagai antara 100 universiti tercemerlang di dunia dalam bidang pendidikan.

 

"Di pentas antarabangsa, nama UPSI semakin melonjak dan terus mengharum. Pada tahun ini, UPSI tersenarai sebagai universiti ke-176 dan 201 terbaik di dunia dalam bidang pendidikan melalui penarafan 'Times Higher Education' dan 'QS World University Rankings.

 

"Usaha sama dengan Harvard University, Oxford University dan Moscow State University akan terus diimarahkan," katanya.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
NPI siri GOLD itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50.…
Berita Global
Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi…
Berita Domestik
“Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan…