Nombor pendaftaran hijau untuk kenderaan sifar emisi di UK

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan UK dalam satu pengumuman terbaharu akan mengadakan perbincangan bagi memutuskan penggunaan nombor pendaftaran berwarna hijau ke atas kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah susulan cadangan daripada Department for Transport (DfT) bagi mengadakan nombor pendaftaran khas khusus buat kenderaan sifar emisi - termasuklah kenderaan elektrik.

Alasan yang diberikan, penggunaan warna hijau ini lebih memudahkan penguatkuasa untuk mengenalpasti kenderaan tersebut supaya diberikan lebih kelonggaran untuk menggunakan laluan bas, atau diskaun bayaran parkir. 

Setakat ini, tiga jenis nombor pendaftaran diperkenalkan oleh DfT iaitu:

  • nombor pendaftaran berwarna hijau sepenuhnya
  • nombor pendaftaran berwarna putih atau kuning dengan kolum hijau pada sebelah kiri
  • nombor pendaftaran standard dengan bulatan hijau di bahagian kiri

Ini merupakan sebahagian daripada kempen Road to Zero yang bernilai £1.5 bilion (RM8.15 bilion) dan dikatakan mengambil inspirasi daripada Ontario, Kanada di mana para pemandu EV diberikan tol percuma bagi menggalakkan pemilikan EV di sana. 

 


Namun bagi sesetengah pihak, mereka tidak begitu yakin dengan implementasi langkah ini mampu mempengaruhi rakyat UK untuk beralih kepada kenderaan sifar emisi. 

Hal ini disuarakan sendiri oleh Nicholas Lyes, ketua unit dasar undang-undang di RAC memberitahu, "kebanyakan pemandu yang disoal tidak terlalu teruja - hanya satu perlima sahaja yang fikir ini adalah satu idea yang baik. 

"Insentif mungkin akan memberikan perbezaan dalam tempoh jangka masa pendek, namun harus diingat ia bakal memberikan kesan jangka panjang jika ia tidak dikawal.

"Bagaimana jika laluan bas sedia ada dipenuhi dengan barisan kereta elektrik?" soal beliau kembali. 

Melihatkan kepada kos pemilikan yang sangat tinggi, hanya segelintir pemandu sahaja yang mampu bertukar kepada memiliki kenderaan elektrik, dan ini akan meninggalkan kesan kepada majoriti yang masih bergantung kepada kenderaan petrol dan diesel. 

"Kami percaya, salah satu cara yang berkesan adalah dengan pemberian insentif berbentuk bantuan kewangan bagi menggalakkan pemilikan, serta melabur untuk infrastruktur pengecasan yang lebih baik berbanding sedia ada.
 

sebahagian daripada insentif Road To Zero - EV bakal dibenarkan menggunakan laluan khas untuk bas


Edmund King, presiden organisasi AA turut menambah, "sekitar dua perlima sahaja pemandu yang bersetuju bahawa kereta baharu emisi ultra-rendah seharusnya didatangkan dengan nombor pendaftaran hijau. 

"Tidak terhad kepada EV sahaja, insentif ini juga perlu diperluaskan kepada kenderaan hibrid bagi menggalakkan pemilikan di kalangan mereka yang masih belum bersedia untuk memiliki kereta elektrik sepenuh masa.

Sumber: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…
Berita Global
Menurut Pengurus Kelestarian, Operasi Rantaian Bekalan, IKEA Supply AG Elisabeth Munck af…
Berita Global
Malah, menjelang tahun 2030 kadar pelepasan emisi CO2 sepatutnya dikurangkan sebanyak 55 peratus…