Nolan Helmet ditelan Shark

oleh HEZERI SAMSURI|
Shark, pembuat helmet dari Perancis telah membeli saham pegangan untuk syarikat helmet Nolan.

2Ride Holding Group, syarikat induk untuk Shark, Bering, Segura, Bagster dan Cairn juga telah membeli hak untuk penjualan jenama-jenama lain di bawah Nolan, iaitu Grex, Xlite dan N-Com.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
shark

Syarikat 2Ride kini mempunyai jualan tahunan setinggi €150 juta dan lebih kurang 1,000 orang pekerja.

Ia juga menghantar produknya ke lebih 80 negara, termasuk Malaysia.

Careta pernah menggunakan helmet Shark dan ia selesa serta mempunyai helmet untuk bentuk kepala pengguna Asia. Cuma ia mungkin tidak selasak model-model Givi yang lebih direka untuk suhu dan cuaca Asia.