NMAX 2021 dapat dua warna baharu - Power Grey dan Icon Grey!

oleh HEZERI SAMSURI|
Skuter popular Yamaha NMax kini datang dengan dua warna baharu, dan nampaknya warna kelabu (grey) memang menjadi idaman kerana kedua-dua warna itu ialah warna kelabu!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua warna baharu itu ialah Power-Grey dan Icon Grey dan kedua-dua mempunyai perbezaan dari segi grafik, walaupun sedikit tetapi nampak berbeza.

Dari segi teknikal, tidak ada perubahan. Ia masih dijana oleh enjin sejukan cecair 4-lejang SOHC 4-injap sebesar 155cc dengan kuasa maksimum 15.4 PS dan 13.9 Nm.  

Brek depan belakang ialah dari jenis cakera 230 mm tanpa ABS dan tayar juga ialah dari jenis tubeless.

Untuk NMAX 2021 Icon Grey, warna kelabu mati digunakan, seperti Nardo Grey yang popular dengan kereta Audi, cuma yang ini lebih cerah.

Bahagian sisi depan pula lengkap dengan grafik 155 dengan belang biru/kelabu gelap dan roda aloi ialah warna biru Yamaha.

 

 

Untuk warna NMAX 2021 Power Grey, ia hampir kepada warna Xmax dan tidak ada grafik 155 di hadapan. Roda aloi pula ialah warna hitam biasa.

Setiap pembelian akan menerima kunci brek cakera Yamaha bernilai RM100. Harga kekal RM8,998 (tidak termasuk insuran dan kos pendaftaran) untuk semua warna Nmax. 

Careta tak terkejut jika pengedar akan menaikan harga untuk varian warna Icon Grey jika permintaan melambung. 

Anda sudah boleh melihat warna-warna ini di pengedar-pengedar rasmi Yamaha.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…