Niu RQi - motosikal sifar emisi kelas pertengahan, jarak operasi 200 kilometer!

oleh Mohamad Hanif|
Antara dilemma mereka yang mahu beralih kepada motosikal berkuasa elektrik adalah - mahukan sebuah jentera berprestasi akan tetapi harga yang terlalu mahal yang mampu membantutkan niat untuk berjasa kepada alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara pilihan yang ada di pasaran dengan harga yang berpatutan pula tidak mampu menawarkan prestasi serta jarak operasi yang diingini.

Jadi, ruang kosong yang tersedia ditengah-tengah kedua kelompok di atas sepatutnya menjadi target di mana motosikal dengan prestasi kuasa yang sederhana, akan tetapi masih mampu memberikan jarak operasi yang sepatutnya.

Faktor ekstra yang patut dipertimbangkan adalah keseronokan tunggangan yang biasanya ditawarkan pada motosikal bersesaran 500 cc. 
 


Untuk itu, Niu - sebuah pengeluar motosikal dari China membawakan sebuah model konsep Niu RQi berkuasa elektrik pada acara CES 2020.

Niu RQi dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 40 hp yang memacu roda belakang menggunakan sistem tali sawat (walaupun model konsep digambarkan menggunakan rantai) dengan kelajuan tertinggi 161 km/j. 
 


Sumber kuasa diperoleh daripada dua pek bateri lithium Panasonic yang boleh ditanggalkan untuk pengecasan di dalam rumah, atau sekiranya outlet kuasa jauh dari capaian kawasan parkir. 

Niu mendakwa dengan pek bateri berkapasiti 6.5 kWh ini, RQi mampu mencapai jarak operasi sejauh 128 kilometer (gabungan tunggangan dalam bandar dan lebuhraya), atau jarak maksimum 200 kilometer dengan kelajuan 48 km/j. 

Antara teknologi termaju yang dimuatkan pada motosikal elektrik RQi ini adalah sistem lampu utama adaptif, ABS, kawalan cengkaman, serta sambungan sepenuh masa kepada rangkaian 5G. 
 


Sambungan internet 5G ini membolehkan anda mengakses sistem anti-pencuri serta teknologi GPS yang mampu mengesan lokasi semasa motosikal. 

Memandangkan ia hanyalah sebuah konsep, Niu tidak mendedahkan harga sebenar motosikal elektrik ini, namun ia bakal menjadi satu penawaran yang cukup menarik untuk pengguna motosikal kelas pertengahan yang mementingkan prestasi serta praktikaliti kegunaan seharian.