Nissan Z sebagai jentera keselamatan Super GT 2022

oleh Mohamad Hanif|
Nissan bekerjasama dengan unit Nissan Motorsports & Customizing Co. untuk menyediakan sebuah jentera keselamatan bagi kegunaan perlumbaan Super GT musim 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera yang dimaksudkan itu merupakan sebuah Nissan Z generasi baharu yang akan diserahkan secara rasmi pada bulan ini.

Nissan tidak mendedahkan secara spesifik perubahan yang dibawakan, namun berdasarkan gambar yang dibekalkan, jentera Nissan Z ini dipasangkan dengan kelengkapan seperti bar lampu keselamatan di atas bumbung, diikuti dengan penambahan LED pada bahagian gril hadapan.
 

Nissan Z


Untuk ruang kabin pula, sepasang tempat duduk Recaro yang agresif telah dipasang, diikuti dengan tali pinggang keledar berjenama Nismo.

Jentera keselamatan Nissan Z ini akan melakukan tugas ringan seperti melakukan pemeriksaan pra-perlumbaan dan menjadi jentera pendahulu di atas litar semasa insiden kemalangan berlaku.

Unit ini akan diserahkan secara rasmi oleh Nissan pada 29 Mei ini, serentak dengan pusingan ketiga perlumbaan Super GT yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun.
 

Nissan Z


Selain daripada bertugas sebagai jentera keselamatan, Nissan Z juga sebenarnya turut sama berlumba dalam Super GT pada tahun ini (Z GT500).

Mengikut spesifikasi, Nissan Z GT500 ini dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo dengan kuasa dihadkan kepada 650 hp, berbanding model jalanan yang tampil dengan nadi bentangan V6 3.0 liter turbo berkembar (400 hp/474 Nm).

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…