Video teaser berdurasi hampir seminit itu mendedahkan nama pengganti Nissan 370Z yang digelar sebagai 'Nissan Z Proto', di mana ia akan membuat kemunculan rasmi pada 16 September ini.
Video tersebut dimulakan dengan imbasan memori model-model yang terdahulu, iaitu Nissan 240Z, Nissan 280Z, Nissan 300ZX Z31, Nissan 300ZX Z32, serta Nissan 350Z, dan tidak ketinggalan Nissan 370Z.
Pada saat-saat akhir video tersebut, Nissan turut memaparkan teaser model baharu tersebut yang menampilkan lampu nyalaan siang LED, serta silhouette garis badan kereta sports yang bakal menjadi pesaing kepada Toyota GR Supra itu.
Tiada sebarang perincian didedahkan, namun Nissan Z generasi baharu (nama tidak rasmi 400Z) bakal membawakan nadi 3.0 liter turbo berkembar V6 yang mampu menghasilkan 400 kuasa kuda diambil daripada Infiniti Q60.
Nissan juga dikatakan bakal menawarkan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.
Baca: Empat Perkara pasal Nissan 400Z
Baca: Adakah ini imej sebenar Nissan 400Z?