Nissan Z bakal menawarkan pemanduan yang asli dan tulen, tiada bantuan teknologi steer-by-wire

oleh Mohamad Hanif|
Ketika pengenalan buat kali pertama model Nissan Proto Z di peringkat global tempoh hari, ia berjaya menarik kembali perhatian para peminat automotif disebabkan dua perkara:
Modenas

Nissan membangunkan sendiri kereta sports mereka tanpa bantuan orang lain dan kehadiran transmisi manual - tidak seperti Toyota GR Supra.

Ikut kata Nissan, model Proto Z dibangunkan untuk menjadi sebuah kereta sports yang benar-benar tulen dan menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih sporti serta berorientasikan pemandu.

 


Walaupun Nissan Proto Z menggunakan platform dari Infiniti, ciri seperti steer-by-wire Direct Adaptive Steering tidak akan diwariskan kepada kereta sports pacuan roda belakang, menurut laporan daripada Motoring.

Ivan Espinosa, naib presiden kanan perancangan produk global Nissan berkata, "Z tidak dibina untuk menjadi yang terpantas. Memang ia perlu menjadi pantas kerana sifatnya sebagai sebuah kereta sports, namun realitinya adalah pengalaman pemanduan bagi memastikan anda mampu sebati dan berhubung dengan kereta itu sendiri.

Oleh sebab itu, teknologi tersebut tidak akan wujud di dalam Nissan Proto Z.

 


Selain daripada penawaran transmisi manual, Nissan juga bakal mendatangkan opsyen pemanduan transmisi automatik, selain merancang untuk menghasikan versi Nismo dan juga convertible.

Namun, disebabkan emisi yang semakin ketat, rakan kita di Eropah bakal terlepas peluang untuk menikmati apa yang ditawarkan oleh kereta sports terbaharu Nissan Proto Z ini...

 


Sumber: Motoring

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Dan salah seorang daripadanya adalah pengasas syarikat penala Top Secret, Smokey Nagata atau nama…
Berita Global
Seperti yang diumumkan oleh Nissan beberapa ketika dahulu, kereta sports generasi ketujuh itu…
Berita Global
Dalam video terbaharu ini, beberapa aspek rekaan diperlihatkan mengesahkan lagi laporan terdahulu…