Nissan Z 2022 mungkin dapat varian lebih berkuasa, Nismo dan GT4!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam masa beberapa minggu lagi (17 Ogos), Nissan bakal melancarkan secara rasmi kereta sports pacuan roda belakang generasi baharu Nissan Z.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, ia bukan sekadar varian 'standard' semata-mata, memandangkan Nissan juga mempunyai perancangan untuk melepaskan versi yang lebih berkuasa dalam masa beberapa tahun akan datang.

Menurut laporan daripada Best Car Web, Nissan diberitakan sudah pun memberikan lampu hijau untuk beberapa varian pantas, seperti Nismo dan juga GT4.

 

Nissan Z


Untuk varian Nissan Z Nismo yang bakal diperkenalkan seawal tahun hadapan, ia bakal mendapat penambahbaikan seperti rim aloi bersaiz 20 inci, serta casis dan suspensi yang dipertingkatkan untuk pengendalian yang lebih baik.

Sementara versi perlumbaan GT4 pula disasarkan untuk bersaing dengan Toyota Supra GT4.

Selain daripada itu, Best Car Web juga turut melaporkan Nissan Z generasi baharu ini bakal menggantikan tempat Nissan GT-R yang sudah terlalu berusia di dalam siri perlumbaan Super GT Jepun.

Sumber: Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…