Nissan Z 2022 bakal dilancarkan secara rasmi bulan 11 nanti?

oleh Mohamad Hanif|
Kami yakin dan pasti ramai di antara para peminat dan die-hard-fan Nissan sudah tidak sabar menantikan kehadiran kereta sports pacuan roda belakang terbaharu, iaitu Nissan Z 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana berdasarkan laporan daripada forum Nissan Z, terdapat khabar angin daripada orang dalam yang mendakwa Nissan bakal melancarkan kereta sports tersebut pada menjelang akhir tahun ini.

Tambah sumber yang rapat dengan isu itu lagi, Nissan akan membuka tempahan bagi kereta sports itu seawal 15 November ini.

Versi produksi Nissan Z 2022 telah pun terbocor sebelum ini dengan membawakan rekaan yang hampir serupa dengan Nissan Z Proto yang telah diperlihatkan tahun lalu.

Unit kuasa Nissan Z merupakan enjin bentangan V6 3.0 liter turbo berkembar yang menghasilkan sekurang-kurangnya 400 kuasa kuda yang memacu roda belakang menerusi transmisi manual enam kelajuan atau transmisi automatik 9G-Tronic yang disumberkan daripada Mercedes-Benz.

Beberapa laporan terdahulu mencadangkan harga jualan Nissan Z 2022 bermula dari $34,995 (RM144,967), $8,000 lebih murah jika dibandingkan dengan Toyota Supra Mk5 dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter.

Tidak diketahui sama ada Edaran Tan Chong Motor berminat untuk membawa masuk model generasi baharu Z ini, namun sebagai makluman mereka pada tahun 2009 membawa masuk unit CBU Nissan 370Z dengan harga jualan bermula dari RM354,000.

Sumber: Nissan Z Forum melalui CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…