Nissan X-Trail X-Tremer dilancar! - Harga bermula RM141,450 hingga RM163,650

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar rasmi kenderaan jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan Nissan X-Trail X-Tremer baharu untuk kegunaan pasaran domestik.

Untuk makluman, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) baharu tersebut kini hadir dengan kombinasi warna merah (passion red) dan hitam.

Jika dilihat, model yang tergolong dalam 'keluarga' Avant-Garde X-Trail tersebut disuntik elemen rekaan serba baharu terutamanya pada bahagian bumbung dengan siluet, rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi 17 inci.

Turut tidak terkecuali, X-Trail X-Tremer baharu ini dipasangkan dengan pelindung bampar belakang berwarna krom selain kusyen kulit mewah Nappa.
  
Harus diketahui, Nissan X-Trail X-Tremer baharu tersebut dihasilkan khusus buat pelanggan yang gemarkan sebuah SUV lebih sofistikated.
  
Justeru, tidak menghairankan jika ia memiliki teknologi canggih Nissan Intelligent Mobility merangkumi lima ciri menarik seperti Intelligent Around View Monitor, Intelligent Ride Control, Intelligent Engine Brake, Intelligent Trace Control dan Intelligent 4x4 System (4x4-i).

Ciri Intelligent Around View Monitor memberikan kelebihan perspektif pandangan 360 darjah bagi memudahkan urusan parkir kenderaan manakala Intelligent Ride Control pula membantu mengawal kuasa tork enjin ketika melalui laluan tidak rata supaya gegaran tidak terasa. 

Beralih kepada sistem Intelligent Engine Brake, ia menjalankan fungsi ubah suai jumlah brek enjin bagi mengurangkan pecutan ketika mengambil selekoh. 

Mengulas mengenai Intelligent Trace Control, ia berupaya membantu mengurangkan masalah understeer sementara Intelligent 4x4 System (4x4-i) pula menawarkan pilihan mod tetap 2WD, Mod Automatik (mod 2WD dan 4WD) dan Lock Mode (pacuan semua roda sepanjang masa).

Sebagai permulaan, X-Trail X-Tremer ditawarkan pada harga RM141,450 (2.0L 2WD) dan RM163,650 (2.5L 4x4-i) seunit. Harga mungkin berbeza mengikut lokasi.

Rujuk lampiran di bawah:

Tag harga tersebut didatangkan bersama jaminan perbatuan tanpa had selama lima tahun lengkap waranti aksesori selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Pemilik sedia ada Nissan X-Trail (varian Comfort/Aero Edition/Premium IMPUL) yang ingin menaik taraf X-Trail masing-masing boleh membeli aksesori X-Tremer secara berasingan.

Berikut merupakan senarai harga bagi aksesori X-Tremer:

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.nissan.com.my atau berkunjung ke mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Seperti yang didedahkan sebelum ini, Nissan LEAF generasi kedua itu dikuasakan oleh motor elektrik…
Informasi
Namun, berdasarkan kajian Masa Depan Kereta Elektrik di Asia Tenggara oleh Frost & Sullivan dan…
Berita Domestik
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bakal memperkenalkan beberapa model baharu sebagai salah satu…