Nissan X-Trail kini dengan pakej Tuned by IMPUL

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan satu pakej baharu untuk Nissan X-Trail yang menyerlahkan lagi penampilan, atletik dan pengendalian penuh prestasinya; Nissan X-Trail Talaan IMPUL Baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nissan X-Trail Talaan IMPUL kini hadir bersama Aerokit lengkap IMPUL dengan Spoiler Bampar Aero Hadapan dan Belakang Dua Tona, Kemasan Gril V-Motion Berwarna Hitam Berkilat, Skirting Sisi dan Spoiler Belakang, sekali gus memberikan X-Trail yang versati ini penampilan yang lebih agresif.  

 


Rim 18” IMPUL Aura SX-50 dilengkapi dengan tayar Continental ContiMaxContact MC6 memberikan kualiti cengkaman luar biasa dan prestasi pengendalian lebih mantap. Sementara Sport Spring IMPUL pula ditala untuk pengalaman pemanduan yang responsif. Ia memberikan pemanduan yang stabil dan selamat, seterusnya menyerlahkan semangat perlumbaan sukan bermotor IMPUL.

Selain daripada bahagian luaran yang ekspresif dan alat ganti berprestasi tinggi, ruang kabin Nissan X-Trail Talaan IMPUL juga dipertingkatkan menerusi penggunaan kemasan kulit Nappa berwarna Maroon pada tempat duduk, papan pemuka, perlindungan lutut dan perehat tangan.

Pakej Nissan X-Trail Talaan IMPUL baharu ditawarkan pada harga RM11,000 serta boleh didapati dalam empat varian 2.0L Hibrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD. Harga adalah seperti berikut:

 

 

2.0L 2WD (RM)

2.0L 2WD MID (RM)

2.5L 4WD (RM)

2.0L HYBRID (RM)

Semenanjung

139,630

150,643

157,731

168,451

Sabah & Sarawak

142,130

153,143

160,231

170,951

*Harga selepas pengecualian cukai, tidak termasuk insurans


Pelanggan dan pemilik Nissan X-Trail yang berminat boleh menaik taraf jentera masing-masing dengan pakej IMPUL seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah:
 

BARANGAN PILIHAN

HARGA (RM)

IMPUL Aerokit

(Spoiler Bampar Hadapan & Belakang dan Skirting Sisi)

5,600

Rim IMPUL 18” Aura SX-50

5,800

Tayar Continental ContiMaxContact MC6 (235/55 R18)

2,800

Sport Spring IMPUL

1,100

Spoiler Belakang Berwarna Hitam Berkilat

800

Kemasan Gril Hadapan Berwarna Hitam Berkilat

700

Jumlah

16,800

 


Nissan X-Trail Talaan IMPUL baharu dipasang di kilang dan hadir bersama jaminan standard selama lima tahun tanpa had perbatuan. Sementara jaminan untuk aksesori pula adalah selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
 
Nissan X-Trail Talaan IMPUL akan membuat penampilan di beberapa buah bilik pameran Nissan terpilih sempena karnival Nissan X-Trail Talaan Impul mulai 18 Julai 2020, dari jam 10am hingga 8pm.

Karnival X-Trail Tuned by IMPUL baharu:

Tarikh

Wilayah

Lokasi

18 – 19 Julai

Tengah

ETCM Jalan Raja Laut

ETCM Petaling Jaya

ETCM Mahkota Cheras

ETCM Klang

Utara

ETCM Butterworth

ETCM Bayan Lepas

ETCM Ipoh

Selatan

ETCM Johor Jaya

Pantai Timur

ETCM Kuantan

ETCM Kota Bharu

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Keistimewaan rangkaian kuasa e-POWER ialah ibarat kenderaan elektrik (EV) yang tidak perlu…
Berita Global
  Turut dipasang, siren, lampu kecemasan dan lampu berkuasa tinggi selain lampu pada jeriji depan…
Berita Global
  Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan telah memperkenalkan Rogue 2024 dengan rupa baharu dan…