Nissan X-Trail Facelift tambah varian baru 2.0L Hybrid - dibuka untuk tempahan

oleh Mohamad Hanif|
Nissan X-Trail Facelift 2.0L Hybrid
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan Nissan X-trail Facelift baharu yang kini dibuka untuk tempahan dengan jangkaan pelancaran pada April 2019. 

Selain daripada varian 2.0L 2WD, 2.0L MID dan 2.5L 4wD, Nissan X-Trail serba baharu juga turut didatangkan dalam versi hibrid dengan enjin 2.0 liter MR20DD yang digandingkan dengan transmisi XTRONIC CVT. 

Kuasa 144 PS dan tork 200 Nm itu dipadankan bersama motor elektrik berkuasa 41 PS dan daya kilas 160 Nm itu memberikan kuasa pemanduan yang lebih mengujakan selain mengekalkan penjimatan bahan api 16.1 km/liter terbaik di dalam kelasnya.
 

X-Trail New 7inch infotainment with smart phone connectivity


Nissan X-Trail facelift diberikan nafas baharu dalam penampilan luaran, seperti reka bentuk gril signatur V-Motion, lampu nyalaan siang LED, lampu depan serta lampu belakang LED berbentuk boomerang. 

Sistem infotainmen juga tersedia dengan ciri navigasi bersaiz 7 inci dan ciri ketersambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto. 

Enam buah beg udara SRS kini didatangkan sebagai standard untuk tiga varian X-Trail baharu (empat bagi varian asas), disekalikan dengan ciri:

  • brek parkir elektronik dengan fungsi Auto Hold
  • kawalan dinamik kenderaan (VDC)
  • sistem kawalan cengkaman (TCS)
  • brek anti kunci (ABS)
  • bantuan brek (BA)
  • pengedaran kuasa brek elektronik (EBD)
  • bantuan mula mendaki (HSA)
  • cagak ISOFIX dengan Top Tether (x2) 
     


Teknologi keselamatan Nissan terkini, Nissan Intelligent Mobility juga turut dipasang pada X-Trail terbaharu (kecuali varian 2.0L 2WD) merangkumi:

  • Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (FCW)*
  • Brek Kecemasan Hadapan Pintar (FEB)*
  • Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)*
  • Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)*
  • Amaran Pertukaran Laluan (LDW)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan pengesanan objek bergerak (I-MOD)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Motion Activated Power Tailgate

*untuk varian 2.0L Hybrid & 2.5L 4WD


5 pilihan warna luaran yang ditawarkan: putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black) dan Imperial Umber (baharu)

Harga tentatif bagi setiap varian adalah seperti berikut:

 

X-TRAIL FACELIFT BAHARU

X-TRAIL 2.0L HYBRID

Bawah RM 169,900 (tanpa insuran)

Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun

(termasuk alat ganti Hybrid dan bateri HEV Lithium-Ion)*

X-TRAIL 2.5L 4WD

Bawah RM 159,900 (tanpa insuran)

X-TRAIL 2.0L 2WD MID

Bawah RM 149,900 (tanpa insuran)

X-TRAIL 2.0L 2WD

Bawah RM 139,900 (tanpa insuran)


Setiap pembelian Nissan X-Trail baharu didatangkan dengan servis penyelenggaraan berkala selama 2 tahun atau jarak perbatuan 40,000 km yang mana terdahulu. 

Bagi 500 unit pertama kenderaan yang didaftarkan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM488.

Orang ramai dijemput menyertai sesi Prebiu Eksklusif X-Trail Facelift baharu di Karnival Pandu Uji Nissan pada tiga hujung minggu iaitu 9 hingga 10 Mac, 15 hingga 17 Mac dan 23 hingga 24 Mac di beberapa bilik pameran Nissan terpilih di seluruh negara untuk memandu uji serta merasai sendiri pengalaman dengan X-Trail Facelift baharu.

 

Prebiu Eksklusif X-Trail Facelift dan Karnival Pandu Uji di Bilik Pameran Nissan:

Tarikh

Wilayah

Lokasi

9 – 10 Mac

Tengah

ETCM Glenmarie

Utara

ETCM Butterworth

Pantai Timur

ETCM Kuantan

Selatan

ETCM Johor Jaya

16 – 17 Mac

Tengah

ETCM Petaling Jaya

Tengah

ETCM Southgate

Utara

ETCM Bayan Lepas

Utara

ETCM Ipoh

Pantai Timur

ETCM Kota Bahru (15 dan 16 Mac)

Selatan

Seremban Victory Credit Sdn Bhd (Dealer)

23 – 24 Mac

Tengah

ETCM Raja Laut

Utara

ETCM Alor Setar (22 hingga 24 Mac)

Utara

ETCM Sitiawan

Pantai Timur

ETCM Kuala Terengganu (22 dan 23 Mac)

Selatan

Melaka

Berita Berkenaan

Berita Global
  Keistimewaan rangkaian kuasa e-POWER ialah ibarat kenderaan elektrik (EV) yang tidak perlu…
Berita Global
  Turut dipasang, siren, lampu kecemasan dan lampu berkuasa tinggi selain lampu pada jeriji depan…
Berita Global
  Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan telah memperkenalkan Rogue 2024 dengan rupa baharu dan…