Nissan X-trail facelift bakal dilancarkan di Thailand bulan hadapan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sedar ataupun tidak, generasi ketiga T32 Nissan X-Trail sudah pun hampir sampai ke penghujung kitaran produksi setelah diperkenalkan kepada pasaran bermula tahun 2013.

Ini kerana dikhabarkan Nissan bakal menggantikan model sedia ada kepada generasi baharu T33 seawalnya penghujung tahun ini ataupun selewatnya tahun hadapan. 
 


Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Headlightmag daripada Thailand, pasaran negara tersebut bakal menerima Nissan X-trail versi facelift bermula bulan hadapan, sedikit lewat berbanding pasaran lain di dunia. 

Apa yang menariknya, perubahan ketara boleh dilihat menerusi gril hadapan V-motion yang lebih besar dimensinya berbanding X-trail terdahulu, manakala rekabentuk bumper juga telah dikemaskini menjadi lebih sporty. 

Penggunaan lampu-lampu utama yang lebih moden kini mengutamakan jenis LED yang boleh dilihat pada DRL dan juga lampu utama di bahagian belakang. 
 


Manakala ruang kabin pula kini menggunakan tema warna perang bagi menggantikan trim hitam, selain kemasan-kemasan kecil bagi menampakkan ia lebih malar segar sebelum hayatnya diakhiri tidak lama lagi. 

Versi facelift ini walaubagaimanapun tidak mendatangkan sebarang perubahan output kuasa dikhabarkan daripada enjin 2.0 liter MR20DD dan juga 2.5 liter QR25DE. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Keistimewaan rangkaian kuasa e-POWER ialah ibarat kenderaan elektrik (EV) yang tidak perlu…
Berita Global
  Turut dipasang, siren, lampu kecemasan dan lampu berkuasa tinggi selain lampu pada jeriji depan…
Berita Global
  Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan telah memperkenalkan Rogue 2024 dengan rupa baharu dan…