Nissan X-Trail Autech, SUV sporti dengan suspensi SACHS dan roda 19 inci

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kepada yang mencari SUV, Nissan X-Trail menawarkan pakej menarik dengan tujuh tempat duduk. Ini memberikan kelebihan berbanding pesaing lain seperti Honda CR-V, Proton X70 dan Mazda CX-5.

Selain itu, Edaran Tan Chong Motor selaku pemasang dan pengedar Nissan mempunyai pelbagai idea dalam mempelbagaikan varian X-Trail supaya kelihatan menarik.

Pada November 2019, ETCM melancarkan dua varian X-Trail iaitu X-Tremer dan Aero Edition. Untuk pengguna yang mahukan sesuatu lebih sporti, ETCM pada Januari 2016 memperkenalkan X-Trail Impul Edition.

Selain kit badan dan roda 18 inci, edisi itu menggunakan spring sport Impul yang merendahkan badan X-Trail sebanyak 30 mm. Ini tindakan berani dan jarang dibuat pengeluar lain untuk sebuah SUV massa. 
Nissan X-Trail Autech

 

Di Jepun, Nissan baru sahaja memperkenalkan X-Trail Autech. Edisi ini istimewa kerana Autech menumpukan kepada gayaan sporti dan mewah.

Konsep itu disasarkan kepada pelanggan yang pentingkan perincian material untuk kenderaan mereka.

Berbanding Impul, edisi Autech ini tampil sederhana tanpa kit badan khas. Gril dan bampar depan bagaimanapun berbeza dengan X-Trail standard dan begitu juga bampar belakang dengan 'apron' khas.

Warna yang biru yang digunakan pada X-Trail ini ialah imbasan kepada laut dan langit Shonan dan Chigasaki, lokasi di mana Autech di tubuhkan di Jepun.

 

Nissan X-Trail Autech

 

Pada keempat-empat sudut, roda saiz 19 inci digunakan dan penyerap hentak dibekalkan oleh SACHS untuk pemanduan berkualiti sama ada harian atau melalui jalan berselekoh.

Nissan turut memperkenalkan Premium Personalization Program untuk pelanggan yang mahukan pilihan peribadi pada bahagian dalaman.

Dalam pakej ini, pelanggan diberikan dua pilihan warna kerusi kulit iaitu stone white atau perang, tiga pilihan warna stereng iaitu stone white, perang atau hitam. Menariknya, pelanggan juga boleh memilih corak sulaman pada stereng.

 

Nissan X-Trail Autech

 

Menggerakkan X-Trail Autech ialah enjin 2.0L MR20DD dan enjin yang sama digabungkan dengan nadi hibrid RM31. Varian enjin konvensional ditawarkan pilihan lima atau tujuh tempat duduk manakala varian hibrid eksklusif dengan lima tempat duduk sahaja.

Kedua-dua jenis enjin dipadankan dengan transmisi Extronic CVT dan dua jenis pacuan iaitu 2WD atau 4WD.

Di Jepun, X-Trail Autech dijual pada harga JPY3,469,400 (RM127,717) untuk varian asas 20Xi dan JPY4,009,500 (RM147,600) untuk varian paling premium 20Xi HYBRID.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Nissan

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini, nasib kilang pemasangan Nissan di Sunderland, England yang bertanggungjawab memasang…
Berita Global
Harga pasaran Nissan menjunam selepas pengeluar tersebut mengumumkan pengurangan sasaran tahun…
Berita Global
Secara asasnya, ia merupakan satu perkara yang cukup bagus, namun bagi sesetengah pihak, terlalu…