Nissan X-Trail 2023 mendarat di Australia - nadi 2.5 liter NA 181 hp/245 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran Eropah telah pun mendapat unit Nissan X-Trail (atau nama lain Rogue) sejak tahun lepas, dan SUV itu kini mendarat di pasaran Australia dengan spesifikasi penuh diumumkan oleh pihak Nissan Australia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun menggunakan platform CMF-C yang sama digunakan oleh Mitsubishi Outlander, Nissan X-Trail 2023 ini nampaknya didatangkan dengan nadi 2.5 liter aspirasi natural yang mampu menjana kuasa setinggi 181 hp dan 245 Nm.
 

X-Trail


Ini berbeza di Amerika Syarikat di mana model Rogue kini dilengkapi dengan nadi tiga silinder sebaris 1.5 liter yang lebih berkuasa dan lebih cekap sejak November 2021.

Terdapat empat varian utama yang ditawarkan di pasaran Australia, di mana versi asas ST hadir dengan kelengkapan standard seperti rim 17 inci, lampu utama LED, rel bumbung, penderia parkir belakang, serta ciri keselamatan seperti kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, serta brek kecemasan autonomi depan dan belakang dengan pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal.
 

X-Trail


Varian ST-L pula mendapat ciri seperti rim 18 inci, tambahan penderia parkir depan, kaca privasi, lampu kabus, upholsteri kulit sintetik, ciri pemanas pada tempat duduk depan, serta tambahan ciri keselamatan kamera 360 darjah dan sistem pemanduan semi-autonomi Pro-Pilot.

Naik ke varian Ti, ia mendapat kelengkapan seperti rim 19 inci, bumbung suria panorama, cermin pandang belakang digital, pintu belakang berkuasa, lampu membelok LED, upholsteri kulit separa, skrin infotainmen 12.3 inci, skrin kluster digital 12.3 inci, paparan head-up 10.8 inci, serta kawalan iklim tiga zon.
 

X-Trail


Varian tertinggi Ti-L pula mendapat naiktaraf berupa tempat duduk depan dengan fungsi memori, sistem audio Bose dengan 10 pembesar suara, upholsteri kulit Nappa, ciri pemanas pada tempat duduk belakang dan roda stereng, pintu tailgate berkuasa bebas tangan, dan tirai suria pada tingkap belakang.

Harga jualan untuk Nissan X-Trail 2023 masih lagi belum didedahkan secara rasmi oleh Nissan Australia.