Nissan X-Trail 2023 masuk pasaran Eropah dengan trenkuasa hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keempat Nissan X-Trail akhirnya secara rasmi muncul di pasaran Eropah selepas dilancarkan di pasaran Australia pada Mei yang lalu, diikuti pasaran Jepun pada bulan Julai yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada pelaksanaan undang-undang emisi di sana, sudah dapat dijangkakan penawaran X-Trail kali ini dihadkan kepada trenkuasa hibrid dan hibrid ringan sahaja, tanpa kehadiran versi petrol tulen.

Dibangun menggunakan platform CMF-C, Nissan X-Trail 2023 ditawarkan dalam tiga varian berbeza.
 

X-Trail


Versi asas hadir dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo yang dibantu dengan teknologi hibrid ringan, serta mampu menjana 161 PS dan 300Nm, dipadankan dengan transmisi CVT Xtronic dan pacuan roda depan sahaja.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 9.6 saat dan kelajuan tertinggi 200 km/j.

Sistem hibrid ringan 12V itu mampu menawarkan tambahan daya kilas sebanyak 6 Nm hasil daripada simpanan tenaga di dalam bateri lithium-ion, menjadikannya lebih berguna terutama ketika hendak memulakan pergerakan.
 

e-power


Dua varian tertinggi X-Trail pula didatangkan dengan trenkuasa e-Power yang boleh didapati dalam versi 2WD atau 4WD.

Sistem e-Power ini menampilkan enjin 1.5 liter yang bertindak sebagai unit penjana kuasa untuk motor elektrik dan beroperasi pada putaran enjin yang rendah untuk pemanduan yang lebih senyap.

Dalam versi 2WD, kuasa gandingan adalah setinggi 201 hp yang menawarkan pecutan sepantas lapan saat (0-100 km/j) dan kelajuan tertinggi 170 km/j.
 

e-peda;l


Sementara versi 4WD pula ditingkatkan kuasanya kepada 211 PS, terima kasih kepada motor elektrik kedua pada gandar belakang (126 hp), menjadikan pecutan 0-100 km/j sepantas tujuh saat dan kelajuan tertinggi 180 km/j.

Sistem pacuan semua roda e-4ORCE yang digunakan pada X-Trail ini mengawal pengagihan daya kilas dan brek untuk setiap roda, dan lebih cekap berbanding sistem 4WD mekanikal.

Selain daripada itu, varian e-Power turut didatangkan dengan sistem pemanduan pedal tunggal e-Pedal.
 

X-Trail


Kelengkapan yang dimuatkan pada ruang kabin termasuklah skrin paparan bersaiz 12.3 inci NissanConnect, skrin kluster digital 12.3 inci, paparan head-up 10.8 inci, tujuh beg udara, serta sistem ProPILOT yang turut merangkumi sistem bantuan pemandu termaju ADAS.

Terdapat juga butang kawalan iklim untuk penumpang baris kedua, slot pengecasan, tirai untuk tingkap belakang, serta ruang kargo sebesar 585 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat rata.

Nissan X-Trail 2023 akan tiba di pasaran Eropah pada musim luruh ini dengan harga jualan bermula dari £32,030 hingga £48,155 (RM165,830 hingga RM249,31) untuk versi tertinggi e-Power dengan sistem pacuan e-4ORCE.
 

X-trail


Nissan X-Trail 2023 ini bakal mencabar pesaing di dalam segmennya seperti Subaru Forester, Volkswagen Tiguan Allspace, Skoda Kodiaq dan Peugeot 5008.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Keistimewaan rangkaian kuasa e-POWER ialah ibarat kenderaan elektrik (EV) yang tidak perlu…
Berita Global
  Turut dipasang, siren, lampu kecemasan dan lampu berkuasa tinggi selain lampu pada jeriji depan…
Berita Global
  Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan telah memperkenalkan Rogue 2024 dengan rupa baharu dan…