Nissan Versa 2023 facelift dikemaskini dengan rupa V-motion baharu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa tahun berada di pasaran, Nissan membawakan kemaskini kepada model sedan segmen B Nissan Versa (atau nama lainnya Nissan Almera di sini) untuk pasaran Amerika Syarikat.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Perubahan yang paling ketara boleh dilihat adalah daripada sudut kosmetik.
 

Versa


Nissan Versa 2023 kini mendapat rekaan V-motion serba baharu beserta logo Nissan yang terkini, rim aloi bersaiz 17 inci untuk varian SR, serta penawaran warna baharu Gray Sky Pearl.

Secara standard, Nissan Versa dilengkapi dengan ciri seperti skrin sentuh bersaiz tujuh inci, sistem audio dengan empat pembesar suara, tiga slot USB, sistem kemasukan tanpa kunci serta ciri standard AEB dan LDW.
 

Versa


Untuk varian S, terdapat pakej baharu S Plus yang menambah sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, rim aloi bersaiz 16 inci dan tempat duduk belakang boleh lipat 60/40.

Varian SV pula mendapat rim aloi bersaiz 16 inci, unit lampu automatik, skrin Advanced Drive-Assist Display tujuh inci, sistem amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang, butang pandu mula, serta ciri baharu konsol tengah yang lengkap dengan tempat rehat lengan, pad pengecasan peranti pintar tanpa wayar dan warna dalaman Chambray.
 

Versa


Versi tertinggi SR pula mendapat kemasan dalaman dan luaran yang sporti, roda stereng balutan kulit, rim aloi bersaiz 17 inci, ciri pemanas tempat duduk hadapan, sistem audio enam pembesar suara dan bantuan menghidup enjin kawalan jauh.

Selain itu, ia juga turut mendapat konsol tengah baharu, skrin sentuh lapan inci, Intelligent Cruise Control, kawalan iklim automatik, titik panas Wi-Fi, serta perkhidmatan NissanConnect.
 

Versa


Tidak seperti penawaran di sini, Nissan Versa 2023 di Amerika Syarikat dikuasakan oleh enjin 1.6 liter 122 hp yang dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan (varian S) atau transmisi CVT Xtronic.

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Berita Global
Menurut laporan Automotive News, peranan yang ditinggalkan oleh dua sedan tersebut akan digantikan…
Berita Global
Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada…