Nissan Versa 2019 terima kemaskini kecil - harga bermula dari RM50k di pasaran Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun di dalam keadaan permintaan pasaran yang lebih mahukan sebuah SUV, Crossover dan trak pikap di Amerika, pihak Nissan masih tetap meneruskan penjualan model sedan mereka, Nissan Versa Sedan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Versa Sedan di Amerika Syarikat atau lebih dikenali dengan nama Almera di sesetengah pasaran dikhabarkan telah menerima beberapa kemaskini daripada segi penawaran aksesori yang dijadualkan sebagai model tahun 2019.
 


Sedan tersebut bakal hadir dengan pakej edisi khas SV yang bernilai $800 (RM3,280) termasuklah penggunaan rim aluminium 15 inci, lampu kabus, kemasan krom pada muka hadapan, stereng balutan kulit, kemasan warna Piano Black pada konsol, emblem Special Edition, butang pandu mula, Nissan Vehicle Immobilizer System dan Easy Fill Tire Alert. 

Untuk hiburan para penumpang pula, Nissan telah mendatangkan sistem infotainmen NissanConnect SM yang lengkap dengan ciri sambungan telefon pintar Appla CarPlay, Android Auto serta radio satelit SiriusXM. 
 


Kesemua varian Nissan Versa Sedan dikuasakan oleh enjin 1.6 liter empat silinder yang menghasilkan 109 hp dan ditawarkan dengan transmisi manual (model asas) dan sistem transmisi automatik Xtronik. 
 


Harga jualan Nissan Versa bermula dari $12,360 (RM50k) untuk versi manual S manakala varian tertinggi menerima kemaskini pakej SV Special Edition dan transmisi Xtronik pada harga $15,990 (RM65,575) tidak termasuk yuran pendaftaran dan kos penghantaran. 

Tidak diketahui sama ada kemaskini SV ini bakal hadir ke pasaran tempatan dalam masa yang terdekat.  
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Berita Global
Menurut laporan Automotive News, peranan yang ditinggalkan oleh dua sedan tersebut akan digantikan…
Berita Global
Perubahan yang paling ketara boleh dilihat adalah daripada sudut kosmetik.   Nissan Versa 2023…