Nissan uji kereta tanpa pemandu sejauh 370 km di UK

oleh HEZERI SAMSURI|
Nissan telah melakukan ujian sejauh 370 km ke atas sebuah kenderaan autonomi (tanpa pemandu) di United Kingdom.

Perjalanan itu dikatakan ialah perjalanan paling jauh dan paling kompleks untuk ujian kenderaan autonomi.

Nissan Leaf yang digunakan itu dilengkapi dengan lapan pengimbas laser, tujuh kamera digital dan radar yang diletakkan di sekeliling kereta elektrik tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proses komputer dikawal oleh enam ECU yang diletakkan di dalam but, membolehkan Leaf itu dipandu di jalanraya awam termasuk jalan-jalan persekutuan dan lebuhraya.

Jalan-jalan itu ada yang mempunyai penanda seperti garisan putih dan ada yang tidak langsung mempunyai penanda. Ia juga dipenuhi dengan simpang-simpang dan bulatan.


 

 

Perjalanan 370 km itu bermula dari Pusat Teknikal Nissan Eropah di Cranfield dan berakhir di kilang pemasangan Nissan di Sunderland.

Nissan berkata pemandu kenderaan lain langsung tidak sedar bahawa Leaf itu tidak dipandu oleh sesiapa kecuali komputer.

Projek HumanDrive itu diketuai oleh Nissan dan menerima bantuan kerajaan UK serta dibantu oleh agensi-agensi kerajaan terbabit.

Sebagai langkah keselamatan, kakitangan Nissan masih ada di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan untuk mengambil alih sekiranya ada kecemasan.

* Berita asal dari Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…