Nissan Tutup Kilang Ikonik Civac di Mexico

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Situasi di Nissan kini semakin bergolak dengan krisis kewangan dalaman yang berlarutan ditambah pula kesan tarif import sebanyak 30 peratus yang dikenakan oleh Presiden US, Donald Trump.

Salah satu mangsa dalam situasi iTU ialah kilang bersejarah Nissan di Civac, Mexico, di mana ia merupakan kilang pertama Nissan di luar Jepun yang mula beroperasi hampir 60 tahun lalu.

Menurut laporan Auto News, kilang Civac yang terletak di Jiutepec kini mengeluarkan model trak Navara dan Frontier untuk pasaran Amerika Latin, namun produksi akan dipindahkan ke kilang Nissan di Aguascalientes, juga di Mexico. 

 

3

 

Penutupan kilang Civac dijangka berlaku sebelum Mac 2027. Untuk tahun ini sahaja, Civac dijangka hanya menghasilkan sekitar 57,000 unit, angka yang jauh lebih rendah berbanding tahap produksinya sedekad lalu yang mencecah lima kali ganda.

Pemindahan produksi ke Aguascalientes menjadi lebih mudah setelah Nissan menghentikan pengeluaran model Versa dan dijangka akan menamatkan kerjasama dengan Mercedes-Benz. 

Ia termasuklah pengeluaran model Infiniti QX50 dan QX55 yang akan dihentikan tahun ini, diikuti model Mercedes GLB yang turut akan dihentikan awal tahun hadapan.

 

2

 

Langkah penutupan itu dilihat sebagai usaha terdesak Nissan untuk mengurangkan kos, susulan kejatuhan jualan serta kerugian besar yang ditanggung. 

Dengan pengenaan tarif import oleh US ke atas produk dari Mexico, pengeluaran kenderaan di selatan sempadan US tidak lagi berbaloi dari segi kos.

Selain kilang di Civac, Nissan turut merancang untuk menutup enam lagi kilang di seluruh dunia menjelang 2027, termasuklah kilang bersejarah di Oppama, Jepun yang telah beroperasi sejak tahun 1961. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan, Nada yang kini berusia 61 tahun akan melepaskan jawatannya sebagai Corporate…
Berita Global
Langkah ini diambil selepas Nissan sebelum ini menghasilkan jumlah Z yang terlalu banyak,…
Berita Global
Perkembangan itu dibentangkan sempena Persidangan Akademik ke-30 “Wildlife and Society” yang…