Nissan turut langkah GM untuk tidak sokong Trump

oleh HEZERI SAMSURI|
Nissan telah memutuskan untuk tidak lagi menyokong cadangan Trump yang mahu melarang California dari mempunyai undang-undang pelepasan asapnya sendiri.

Syarikat Jepun itu menurut langkah General Motors  yang juga membangkang usaha Trump. Kedua-dua syarikat kenderaan itu pada mulanya menyokong Trump.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tindakan GM dan Nissan itu mendapat pujian dari Presiden baharu, Joe Biden yang akan memegang tampuk pemerintahan US pada 20 Januari kelak.

Oktober tahun lalu, Nissan, GM, Toyota, Fiat Chrysler dan beberapa syarikat automotif yang lain telah menyatakan persetujuan untuk menyokong tindakan Trump yang mahu menghapuskan "keistimewaan" California dengan mempunyai kadar pelepasan asap yang tersendiri.

Walaupun Nissan dan GM sudah keluar dari pakatan itu, Mazda, Hyundai, Kia, Mitsubishi, Subaru dan rangkaian pengedar kenderaan US masih menyokong usaha Trump itu selepas satu mesyuarat diadakan Selasa lepas.

 

 

 

Ford, Honda, Volkswagen dan BMW bagaimanapun bersetuju dengan cadangan California tetapi dengan syarat piawaian itu tidak seketat yang dicadangkan sebelum ini oleh Presiden Barak Obama, tetapi masih lebih ketat dari piawaian yang dicadangkan oleh Trump.

Joe Biden pula telah menyatakan rancangan beliau untuk memberi fokus kepada kenderaan elektrik dan akan membelanjakan berbillion duit untuk membina 500,000 buah stesen pengecaj.

Biden juga menyokong potongan cukai untuk pembelian kenderaan eletrik dan juga pelaburan untuk mengubah kilang kenderaan bagi menghasilkan EV.

* Sumber berita dari Reuters.com

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…