Nissan tuntut ganti rugi dari bekas pengerusi Nissan - RM376 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Motor Co. Ltd hari ini memfailkan saman sivil terhadap bekas pengerusinya, Carlos Ghosn.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Tuntutan yang difailkan di Mahkamah Daerah Yokohama, Kanagawa, Jepun itu mencadangkan jumlah awal bernilai 10 billion yen (RM376 juta) kerugian sepanjang dakwaan ke atas Carlos Ghosn ketika memegang jawatan tertinggi itu. 

Malah, dalam satu kenyataan media, Nissan menganggarkan jumlah tersebut akan terus meningkat pada masa akan datang berdasarkan salah laku yang telah dilakukan termasuklah:

  • dana pembayaran penggunaan harta kediaman luar negara tanpa membayar sewa
  • pembayaran kepada kakaknya serta peguam peribadi di Lubnan dan sebagainya
  • sumber dan kos yang berkaitan terhadap siasatan dalaman Nissan terhadap salah laku Ghosn
  • kos perundangan di Jepun, Amerika Syarikat, the Netherlands dan wilayah lain

Tuntutan baharu ini merupakan tambahan kepada tindakan undang-undang sivil yang dimulakan oleh Nissan ke atas Ghosn di British Virgin Islands pada 30 Ogos 2019, di mana terdapat transaksi dan pembayaran yang tidak disahkan untuk tujuan peribadi. 

 


Ghosn menghadapi empat pertuduhan atas kesalahan kewangan yang dilakukannya ketika memegang jawatan di dalam Nissan, namun beliau menafikan kesemua pertuduhan yang dihadapkan atas alasan Jepun bukan negara yang adil.

Terdahulu, Ghosn turut memfailkan tuntutan kerugian bernilai $16.3 juta (RM67 juta) yang mendakwa beliau telah dilucutkan jawatan secara tidak sah dari syarikat JV Nissan-Mitsubishi di the Netherlands.

Pasukan peguam Ghosn memberikan alasan beliau tidak sepatutnya dipecat kerana syarikat tersebut tidak pernah mengemukakan dokumen perincian berkenaan salahlaku yang dihadapkan ke atasnya. 

Malah, mereka turut hadir di mahkamah Dutch pada minggu ini untuk mendesak Nissan dan Mitsubishi supaya menunjukkan dokumen yang diperlukan. 

Menurut Reuters, sidang mahkamah turut ditangguhkan buat sementara waktu sehingga 26 Mac ini sehingga kedua-dua syarikat tersebut berjaya tampil dengan alasan yang kukuh bagi memecat Ghosn.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Komitmen tersebut disertakan pelaburan puluhan juta euro di dalam reka bentuk serta…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…
Berita Global
  Nissan sebenarnya telah mendahului Toyota dengan mempertontonkan tiga pikap konsep termasuk…