Nissan Titan 2020 facelift dilancarkan - nadi V8, 400 hp, 560 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Titan merupakan trak pikap saiz penuh yang dipasang di Missisipi bertujuan untuk memberikan saingan kepada model-model seperti Ford F-150, Ram 1500, serta Chevrolet Silverado 1500.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi kedua trak pikap Titan ini mula dijual pada tahun 2015 dan kini ia telah diperbaharui dengan pengenalan model facelift Nissan Titan 2020 pada acara State Fair of Texas. 

 


Untuk sebuah model facelift, Nissan telah mendatangkan beberapa perubahan bersifat kosmetik luaran, seperti penggunaan lampu LED, lampu nyalaan siang 'Double Boomerang' (untuk tiga varian tertinggi), gril hadapan rekaan baharu (rekaan V-Motion yang lebih katang), dan rekaan bumper baharu. 

Sementara itu di bahagian belakang, kesemua varian menerima kemasan baharu serta lampu LED rekaan baharu, manakala di bahagian truck bed pula dipasang empat lampu LED untuk menerangi bahagian tersebut. 
 


Ruang dalaman pula turut menampilkan beberapa kemas kini seperti skrin tengah bersaiz lapan inci (opsyen 9 inci dengan navigasi), poket storan pada panel pintu, dan bukaan bumbung panorama untuk model crew cab.

Tidak dilupakan aspek kuasa apabila Nissan Titan ditawarkan dengan nadi V8 5.6 liter (Amerika semua besar-besar belaka) yang mampu menjana 400 kuasa kuda dan 560 Nm dipadankan dengan transmisi auto sembilan kelajuan, menggantikan kotak gear tujuh kelajuan pada model terdahulu.
 


Ciri baharu yang ditambah pada keupayaan off-road Nissan Titan adalah Off-Road Gauge di mana data-data yang diperoleh daripada accelerometer akan diterjemahkan dalam bentuk data yang mudah dibaca. 

Manakala untuk keselamatan di jalan raya, Nissan Titan telah dilengkapi dengan lapan beg udara, serta pakej Nissan Safety Shield 360 yang merangkumi ciri seperti brek kecemasan hadapan automatik, pengesan pejalan kali, brek kecemasan mengundur automatik, pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, amaran keluar laluan, dan bantuan suluhan tinggi automatik. 

Antara peralatan opsyen yang ditawarkan termasuklah kawalan pelayaran adaptif, kamera keliling dan sistem pengecaman papan tanda trafik. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pakej TRD Performance itu mampu menaikkan output kuasa asal enjin i-FORCE 389 hp kepada 421 hp @ 5,…
Berita Global
Namun, ia hanya sempat hidup selama dua generasi sahaja, di mana Nissan dilapor akan menghentikan…
Berita Global
Tidak menggunakan asas daripada model Silverado sedia ada, Chevrolet membangunkan trak pikap…