Nissan tidak akan sekali-kali abaikan Skyline!

oleh Mohamad Hanif|
Kecoh seketika hujung minggu lalu apabila Nissan dilaporkan bakal menghentikan pembangunan dan penawaran model-model sedan termasuklah model Skyline.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Alasan yang diberikan adalah pengeluar itu mahu memfokuskan kepada model-model SUV yang lebih diterima umum, serta menyalurkan dana kepada pembangunan kenderaan elektrik.

Ini bermakna, Nissan bakal mengikut jejak langkah Toyota di mana pesaingnya itu juga merancang untuk menghentikan penawaran sedan ikonik Crown yang sudah 15 generasi berada di pasaran.

Namun, berita tersebut dinafikan oleh eksekutif berkedudukan tinggi Nissan menerusi satu sidang media ketika pelancaran Nissan Note Aura baharu.

Dalam acara tersebut, naib presiden eksekutif Asako Hoshino menjelaskan, "hujung minggu lalu terdapat artikel dari Nikkei Shimbun yang mendakwa Nissan bakal menghentikan pembangunan Skyline. Tidak ada fakta berhubung keputusan itu, dan kami sendiri tidak pernah keputusan seperti itu.

"Nissan tidak akan sekali-kali mengabaikan Skyline!" tegas beliau lagi.

Laporan terdahulu mencadangkan Nissan akan menghentikan pembangunan sedan termasuklah Fuga dan Cima, melihatkan kepada merosotnya jualan sedan di negara Jepun pada tahun lalu.

Namun, model-model sedan di luar Jepun masih lagi diterima dengan baik pada ketika ini.

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…