Nissan Terra VL 2021 dilancarkan di Filipina - kemaskini kelengkapan Nissan Intelligent Mobility

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Filipina menyambut kedatangan tahun baharu 2021 dengan pelancaran varian model SUV saiz pertengahan yang popular, iaitu Nissan Terra VL dengan kemaskini rupa luaran serta kelengkapan di bahagian dalam kabin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan yang sporti di bahagian luaran boleh dilihat menerusi penggunaan gril radiator berwarna hitam berkilat, diikuti pada bahagian bampar hadapan dan aksen pada perumah lampu kabus.

 


Di bahagian sisi pula boleh dilihat penggunaan warna yang serupa pada pemegang pintu, cermin sisi, tempat pemijak sisi dan roda aloi, sementara di bahagian belakang pula menampilkan kemasan krom gekap pada pemegang nombor pendaftaran.

Varian yang dikemaskini itu juga turut menempatkan trim warna krom gelap, tempat duduk balutan kulit dua tona.

 


Selari dengan peredaran masa, Nissan Filipina turut mendatangkan model Terra VL ini dengan teknologi Nissan Advanced Display Audio serta kelengkapan keselamatan terkini Nissan Intelligent Mobility.

Dalam laporan terkini, Nissan Filipina menutup tirai tahun 2020 di antara tiga pengeluar teratas dengan pegangan pasaran 8.9 peratus, di mana Nissan Navara kekal menjadi model paling laris jenama tersebut (42.1 peratus) diikuti Nissan Urvan (23.6%) dan Nissan Terra (17.9%).