Nissan terpaksa kuburkan Datsun!

oleh Mohamad Hanif|
Keadaan Nissan sudah pun tidak stabil semenjak kes pelarian Carlos Ghosn sehinggakan memaksa syarikat tersebut menjalankan beberapa langkah termasuk mengecilkan operasi, menutup kilang serta mengurangkan kadar persaingan antara jenama pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berita terbaharu dikatakan menambahkan lagi garam terhadap luka Nissan sedia ada di mana terdapat butiran lanjut terhadap perancangan jangka masa tiga tahun termasuklah pelan untuk menguburkan jenama Datsun.

Laporan Bloomberg memetik daripada insan yang memiliki pengetahuan terhadap isu itu menyebut Nissan kini merancang untuk mengurangkan sehingga ¥300 billion (RM12.1 billion) terhadap kos operasi sedia ada.

Keadaan bertambah bingung apabila wabak coronavirus berjaya menggelapkan lagi masa hadapan Nissan dengan penutupan kilang dan pusat pameran yang menyumbang kepada penurunan kadar penjualan kenderaan Nissan.

Sehingga kini, jumlah kilang Nissan yang akan ditutup mencecah angka 13 buah dan kilang-kilang sedia ada akan digunakan sehingga 80 peratus (daripada 65 peratus) dengan kapasiti produksi 5.4 juta kenderaan.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyebut Nissan bakal memfokuskan pasaran di Amerika Syarikat, China dan Jepun, sementara rakan sepakatannya Renault akan tertumpu di Eropah manakala Mitsubishi pula di rantau Asia.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…