Nissan teroka teknologi isyarat dari otak ke kenderaan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Perkara yang biasa menjadi isu hangat di kalangan pengguna jalanraya ialah sikap cuai dan alpa pemandu serta penunggang dalam menggunakan tuil atau suis lampu isyarat jika mahu menukar laluan atau membelok ke selekoh dan simpang.

Selain itu, apabila disiarkan berita tentang teknologi canggih automotif, kebarangkalian tinggi juga akan terselit komen netizen tentang isu lampu isyarat. 

Biasanya akan tercatit di ruang komen ayat yang berbunyi;

"Alaa canggih mana pun, kalau tak reti guna lampu isyarat tak guna juga..."

Sikap cuai seperti ini bukan sahaja menjadi isu di negara kita bahkan di serata dunia seakan-akan virus yang dibawa udara atau manusia lain dan ia boleh berjangkit di antara satu sama lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nampaknya ada cahaya di hujung terowong melalui pengumuman terbaru ini. Dalam masa Nissan masih menawarkan Almera dan Grand Livina di tempat kita, lain pula ceritanya di peringkat global apabila syarikat automotif itu mengumumkan teknologi yang mampu membaca fikiran pemandu.

Dikenali sebagai teknologi Brain-to-Vehicle atau B2V, teknologi ini mampu menterjemahkan isyarat dari otak pemandu bagi membantu dalam mengendalikan kenderaan dan juga menyokong proses sistem autonomi dan manual kenderaan dalam memahami seseorang pemandu.

 

Nissan LEAF (c) Nissan
Nissan LEAF (c) Nissan

 

Dalam masa pemilik kenderaan masih lagi cuba untuk menyesuaikan dengan harga bahan api yang tidak konsisten, pengeluar kenderaan sekarang ini sedang membangunkan teknologi pemanduan autonomi di mana kenderaan akan digerakkan secara automatik dan teknologi B2V ini adalah sebahagian darinya.

Teknologi ini berfungsi dengan menjangkakan reaksi pemanduan sebelum sempat pemandu memusing stereng atau mengenakan brek untuk berhenti. Teknologi ini dapat memendekkan masa tindak balas kepada 0.2 hingga 0.5 saat lebih pantas berbanding manusia.

Walaupun begitu singkat, tempoh tersebut amat kritikal dan memberi perbezaan besar di mana keputusan dibuat segera dan berkemungkinan dapat mengelak dari berlakunya kemalangan.

Teknologi B2V ini dapat memberi tindak balas seperti membrek, menggunakan pedal minyak atau menjangkakan pembelokan. 

 

Nissan iMX concept (c) Nissan
Nissan iMX concept (c) Nissan

 

Para penyelidik sedang mengkaji corak reaksi otak dan decode apakah maknanya sebagai input kepada teknologi ini.

Nissan akan menayangkan teknologi B2V ini di acara di pameran teknologi CES 2018 yang berlangsung dari 9 hingga 12 Januari di Las Vegas, Navada, Amerika Syarikat.

Turut dipamerkan ialah Nissan LEAF dan Nissan IMx concept yang mempunyai teknologi autonomi sepenuhnya, digerakkan oleh nadi kuasa elektrik dan mempunyai lebih tork berbanding Nissan GT-R.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…