Nissan tamatkan pembangunan kereta sedan untuk pasaran Jepun

oleh HEZERI SAMSURI|
Nissan nampaknya akur dengan pasaran kuat untuk SUV di Jepun dan mengambil keputusan untuk menamatkan sebarang pembangunan model-model sedan yang baharu di sana.

Jumaat lalu syarikat automotif Jepun itu telah memberitahu semua vendor-vendornya berkaitan rancangan tersebut dan antara empat model yang terbabit ialah model ikonik Skyline.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara model lain yang mungkin terbabit ialah Fuga dan Cima. Sylphy sebenarnya sudah ditamatkan pengeluaran sejak tahun 2020 lagi.

Penjualan sedan yang merosot adalah punca utama tindakan drastik ini. Nissan hanya menjual 5,800 unit kenderaan sedan di Jepun tahun lalu, iaitu 1 peratus dari jualan keseluruhannya.

Namun begitu, model sedan Nissan di luar Jepun diterima baik, dengan 950,000 terjual di seluruh dunia dalam tahun 2020.

Kilang Nissan di Tochigi akan mula memasang kereta elektrik (EV) Ariya di sana dan ada kemungkinan kilang yang sebelum ini menghasilkan model Skyline dan sedan-sedan lain akan ditukarkan untuk menghasilkan model EV sahaja.

Namun begitu pemerhati industri percaya jenama Skyline terlalu kuat untuk "dibunuh" dan ia mungkin digunakan untuk model SUV juga nanti.

* Laporan asal dari Nikkei Asia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…