Nissan Sylphy 2021 kini dengan trenkuasa e-Power di China

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu model sedan Nissan yang terlaris, iaitu Nissan Sylphy kini dikemaskini dengan penawaran trenkuasa e-Power untuk pasaran China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem e-Power yang dimaksudkan tadi menampilkan sistem pacuan elektrik 100 peratus daripada motor elektrik yang mampu membekalkan daya kilas setinggi 300 Nm, serta penggunaan bahan api serendah 3.9 liter untuk setiap 100 km.
 

Nissan


Ia tidak memerlukan sistem pengecasan seperti EV yang lain, ini kerana sistem e-Power menggunakan enjin 1.2 liter tiga silinder sebaris yang tidak menggerakkan roda secara terus, sebaliknya berperanan sebagai unit penjana kuasa.

Terdapat sehingga lima mod pemanduan yang ditawarkan yang membenarkan prestasi pada tahap optimum, selain mengutamakan kadar kecekapan penggunaan bahan api.
 

Nissan


Sebelum ini, trenkuasa e-Power diperkenalkan buat kali pertama menerusi model Nissan Note di Jepun pada tahun 2016, dan semenjak itu jualan model e-Power kini sudah pun melepasi 500,000 unit sehingga akhir Mac yang lalu.

Nissan Sylphy pertama kali diperlihatkan menerusi acara Shanghai Auto Show 2019 di mana sedan ini ditawarkan dengan enjin empat silinder sebaris HR16DE yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 122 hp dan 155 Nm yang dipadankan dengan transmisi Xtronic.
 

Nissan


Selain Nissan Sylphy e-Power, Nissan juga turut merancang untuk memperkenalkan sehingga enam model e-Power di China menjelang tahun 2025.