Nissan suruh pelajar praktikal duduk dalam traffic jam untuk tambahbaik sistem ProPilot!

oleh Mohamad Hanif|
Program latihan industri bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada dunia kerjaya yang sebenar kepada para pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian di dalam bidang masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, seorang pelajar praktikal yang pada ketika itu bekerja di bawah Nissan memperoleh satu pengalaman yang cukup bermakna walaupun terpaksa menunggu berjam-jam di dalam kesesakan trafik.

Ketika menjalankan latihan industri pada tahun 2018, Tyler Szymkowski diarahkan oleh Nissan untuk menggunakan aplikasi peranti pintar mencari lokasi yang kerap mengalami kesesakan lalu lintas di bandar besar Amerika Syarikat.

Untuk pengguna biasa, bandar-bandar besar seperti Los Angeles, Washington, Detroit, Pittsburg, Baltimore dan San Francisco merupakan mimpi ngeri, namun bagi Tyler ia satu peluang yang cukup berharga.

Ini kerana para jurutera Nissan pada ketika itu sedang menguji sistem bantuan ProPILOT Assist, atau spesifiknya sistem kawalan jelajah adaptif dengan fungsi Stop-and-Go yang membolehkan kenderaan bergerak sendiri tanpa memerlukan penggunaan pedal pendikit dan brek di dalam kesesakan lalu lintas.

Namun, ia hanya berkesan 'menahan' kenderaan dalam tempoh tiga saat sahaja, dan sekiranya trafik berhenti lebih daripada itu, pemandu perlu mengaktifkan semula sistem tersebut.

 

Tyler Szymkowski


Menurut jurutera kanan projek sistem bantuan pemandu termaju Nissan, Brittany Tessmer berkata, "pelanggan memberitahu kami tempoh tiga saat tersebut terlalu singkat. Apa yang perlu kami cari adalah tempoh masa yang bersesuaian bagi menjadikan pemanduan yang lebih menyenangkan.

Disebabkan itu, pasukan pembangun Nissan menghantar Tyler ke 64 lokasi yang kerap mengalami kesesakan trafik dan mendapati mereka memandang rendah tempoh tiga saat yang ditetapkan pada sistem ProPilot Assist itu.

Berdasarkan pemerhatian (dan jasa Tyler duduk di dalam kesesakan trafik), pasukan pembangun kemudian memanjangkan tempoh menunggu dari tiga saat kepada 30 saat bagi fungsi Stop-and-Go, dan kemaskini tersebut boleh didapati pada model Rogue 2021 dan Pathfinder 2022.

Tyler Szymkowski kini memegang jawatan sebagai jurutera ergonomik di Nissan dan menyifatkan pengalaman praktikal beliau sebagai 'tidak terlalu teruk' kerana tidak semua pelajar praktikal diberikan peluang untuk memberikan impak kepada teknologi baharu.

Sumber: Nissan USA

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…