Nissan Skyline GT-R V-Spec Midnight Purple II 1999 - harga mencecah RM1 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Skyline merupakan salah satu model yang membentuk Nissan pada hari ini, dan pernah 'diancam kepupusan' walaupun eksekutif Nissan menafikan dakwaan mahu menghentikan pembangunan sedan ikonik itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Daripada Skyline itu juga, lahirnya lima generasi kereta sports Skyline GT-R yang mewarnai industri permotoran dan modifikasi seantero dunia, lihat sahaja pada model-model seperti Hakosuka, Kenmeri, Godzila R32 dan R34 yang popular semenjak kematian Paul Walker.

 


Sebut pasal generasi terakhir Skyline GT-R, R34 GT-R mula diperkenalkan secara rasmi pada Januari 1999 dengan membawakan reka bentuk yang lebih agresif berbanding R33 GT-R.

Terdapat beberapa edisi terhad R34 GT-R telah dilancarkan dan salah satu daripadanya adalah GT-R V-Spec di mana salah satu daripada 282 unit yang dibina membawakan warna Midnight Purple II yang datang dari Colorado.

 


Umum mengetahui Amerika Syarikat mempunyai undang-undang import yang membenarkan kereta-kereta klasik dibawa masuk seperti R32 dan R33. Namun R34 yang diproduksikan antara tahun 1999 sehingga 2002 masih lagi tidak dibenarkan di bawah undang-undang ini.

Unit berwarna Midnight Purple II ini sebenarnya dibawa masuk menerusi program Show & Display oleh NHTSA bagi membolehkan ia dipandu secara halal di Amerika Syarikat, dengan syarat jarak perbatuan dihadkan kepada 4,023 km setahun sehingga usia kenderaan mencapai 25 tahun.

 


Ia diimport masuk ke Colorado pada tahun 2020 dengan jarak perbatuan sekitar 64,000 km.

Iklan berkenaan Nissan Skyline GT-R R34 ini muncul di laman Bring A Trailer dan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bidaan tamat, angka bidaan sudah pun mencecah $253,000 (RM1,047,926)!

Menurut Tristan Longford, firma Torque GT yang turut memiliki R34 Nur dan R33 Nismo R400 memberitahu CarScoops, disebabkan populariti kereta itu, beliau tidak terkejut sekiranya angka tersebut mampu mencecah sehingga $400,000 (RM1,656,800).

Sumber: Bring A Trailer menerusi CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam…