Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur - jarak perbatuan 10 km, bidaan bermula dari RM1.87 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Yahoo Auction kini menawarkan sebuah lagi jentera idaman ramai pada harga yang bakal membuatkan kita kebanyakan berfikir panjang untuk mendapatkan sebuah model yang sudah 20 tahun keluar dari kilang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera yang dimaksudkan adalah sebuah Nissan Skyline GT-R R34 yang didatangkan dalam spesifikasi V-Spec II Nur.

 


Apa yang menarik perhatian adalah R34 GT-R V-Spec II Nur ini tidak pernah sesekali didaftarkan, malah jarak perbatuan hanyalah sekitar 10 km sahaja !

Sebagai sebuah model V-Spec II Nur, jentera R34 ini merupakan salah satu daripada 718 unit yang pernah dihasilkan, dan satu daripada 159 unit yang dicat warna putih sebelum produksi Skyline GT-R dihentikan.

 


Disebabkan ia membawakan designasi Nur, bermakna jentera putih ini didatangkan dengan enjin perlumbaan RB26DETT yang telah menerima beberapa penambahbaikan seperti aci engkol yang lebih seimbang, saluran air dan udara yang lebih baik, omboh yang dinaiktaraf, unit pengecas turbo baharu dan aci sesondol yang dinaiktaraf.

Harga bidaan bermula dari 50,000,000 yen (RM1.87 juta mengikut kadar pertukaran mata wang semasa).

 


Selain daripada Nissan GT-R R34 ini, Yahoo Auction turut menawarkan model kereta yang lain seperti Chevrolet Corvette Grand Sport Coupe 1996, dua unit Porsche 911 Speedster 997 2011, Porsche 911 Carrera 4 1997, dan sebuah Nissan Silvia S15.
 

Sumber: Yahoo Auction JP

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Nyata sekali, ia bukanlah projek generasi baharu Nissan GT-R R36, sebaliknya mereka menggunakan…
Berita Global
Namun, tahukah anda ia juga merupakan antara Nissan GT-R yang paling mahal harganya di dalam…